Blogger Templates

Selasa, 4 September 2012

Tiada Benda Paling Gembira


 Hari Yang Terlalu Indah - Hari Raya

Assalamualaikum....

Maaf le sebab lama tak update blog nie.. raya sakan la katakan..hahaha..apa yang sakan pun tak tahu ler.. sampai deman pun sakan ag kan..hahaha ada la tiap kali raya je mesti ar tumbang..bukan tak kuat semangat ke hape..penat jadi tukang masak..ceh macam pandai masak kan??tapi tu la perkhidmatan diperlukan time-time tu... rasa dah lapuk kalau nak cerita tentang raya kan..tapi nak wat macam ne..cuti raya seminggu..balik sambung kerja sibuk dengan laporan akhir dan kerja-kerja dekat pejabat tu..hehehe..jadi tangguh sebentar la nak update belog nie..hahaha..

Comey tak baju raya saya?hehehe... pilih dengan tempah kat sapa tu mesti dah tahu kan??hikhikhik

kisah bermula bila seminggu lagi nak balik raya, buat kerja pun tak senang duduk..tiket toksah duk tanya la sebulan lagi nak raya dah p beli..tu dia semangat nak balik..hahaha..aku mula cuti hari jumaat, lambat dapat tahu..tiket beli jumaat malam..pergh..siksa kot nak tunggu..macam-macam pikir dah nie..hari khamis tu tergerak hati nak tengok tiket keretapi..sebab hati kalau boleh malam khamis tu nak balik umah dah.. rezeki bulan puasa menyebelahi aku..dapat gak tiket untuk balik malam tu..tak payah tanya la macam ne aku punya rushing nak dapatkan tiket tu..huhuhu..sanggup berkejar demi kepuasan hati..hahaha..tiket bas burn macam tu je..maaf la ye driver bas dan penumpang sebab mungkin lewat kerana tunggu saya..haha sedangkan saya senang-senang p shoping kat tesco time tu..hahahaha...


princess in my family

Malam sebelum raya..sibuk duk kacau adik-adik main bunga api..ye ker adik-adik..ke bapak budak yang main..hahahaha..meriah malam raya sebab angah habiskan duit 100 ringgit lebih beli bunga api dan sebagainya yang telah membuat aku fobia nak main..hahaha..tau sebab apa? mercun meletup depan mata..terlalu cerdik la katakan..hahaha..
 
bersama family tersayang..nie je yang sempat amek..full punya takde sebab ada yang dah kuar bejalan raya..

yang sulung dengan yang bongsu
bila bertemu.....

model-model pokok bunga

time raya usah dikenang la..takde ruang nak p bejalan umah jiran sebab umah tak putus-putus orang datang..setiap tahun macam tu..mana la aku tak demam..hahaha orang kata tetamu yang datang tu bawa rezeki..so kena la layan elok-elok..tetambah bulan yang mulia nie kan..hehee.. nak balik umah mak mentua pun tarpaksa postpone dari tengah hari sampai la ke petang..tu pun raya kedua tau..bukan raya pertama..hahha..tapi sempat jugak la balik kejap..janji sua muka orang kata..ceh macam dah kawen..hahah..story lepas kan ada cakap yang aku nak p beraya umah buah hati tu..ha aku dah p la jumpa family dia..hikhikhik...

comey kan budak perempuan nie...anak buah aku jugak la sebab ayah dia abang angkat aku..aku suka tengok dia senyum..comey sangat..Diorang nie duk selangor..tapi tiap kali raya mesti sampai la diorang nie..

lepas kempunan nak main bunga api..malam raya ke empat baru dapat main..ye la malam sebelum raya dikongker oleh adik-adik..aku jadi tukang tengok je la..hahaha


Dalam dingin subuh hati ku terusik..
Tekenang nasib diri dirantauan..
bergema takbir raya menitis air mata
terkenang permai desa..



Gambar bersama abang..nie je la masa yang ada untuk aku amek gambar dia..kalau tak tah kemana hilang pun tak tahu la..tapi best bila abang ada..leh jalan-jalan sekali..mintak je apa nak abang beli..yang sweet tu abang ajak teman dia pilih hadiah untuk awek dia..hahaha gelak guling-guling aku bila dia ajak teman..
ada ag yang best..abang mesti kasi aku drive kereta..hehe kalau dengan abah payah la dia nak bagi..hehehe. sedih gak ar bila abang dapt cuti jap je..tapi terubat ar rindu kami dekat dia biar pun kejap je jumpa..masa dekat raya suka duk dengar lagu dari jauh ku pohon kemaafan oleh sudirman..sesuai sangat ar dengan abang...bila dengar meleleh air mata..hehehe..


team purple serumah..tak sangka nak pakai baju wana purple..mama ikot abah p kenduri dekat kuala kangsar, so adik ecah dgn fahmi sah-sah la mama bagi pakai baju purple..senang nak cari kalau terlepas tangan mama kata..hehee..adik azie pulak p tusyen..yang aku pulak p rumah kawan dekat lembah beriah..tu pun orang bawak..kalau nak p sendiri tak kot..hehehe..fahmi dengan ecah tak sempat amek gambar sekali dah kalut p mandi..hahahaha..


Last day Cuti Raya
~Bukan dating tau..hangout je..hahahaha~



bukan nak suap just nak tunjuk je ye..hahaha..

Sehari sebelum balik Kelana Jaya..luangkan masa bersama yang tersayang..hehehe ye ker tersayang..hahaha..pusing-pusing taman tasik...tengok wayang..bukan berdua ye..tapi betiga..angah teman sekali..hehehe..jarang nak dapat kuar sekali macam nie sebab masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing..


sekian ceritera cinta pada hari raya...sambung pada masa akan datang sekiranya ada masa terluang..sebenarnya banyak story nak cerita..tapi kesibukan kian melanda..hahaha...

merancang sesuatu yang lebih besar perlu ada persiapan awal.........



Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers