Blogger Templates

Jumaat, 23 Disember 2011

Presentation oh Presentation....

Assalamualaikum...
sejak kebelakangan nie memang aku sibuk.. sebab banyak sangat presentatioan kena wat dan satu ag dah memang akhir semester sibuk dengan agsment..tak leh lari dah..tambahan pulak aku nie jenis suka wat keja sikit-sikit lama-lama siap la..nak tau bila siap??sah-sah la esok nak hantar hari nie baru siap..magik nyer student..hahahaha...ala korang pun mesti cam aku kan??

mata saya menyerlah tak???

kesihatan aku usah la korang tanya kalau akhir nie duk sakit kepala..semua nak kena hantar dalam masa satu minggu..pergh..tertekan kot...aku bukan leh tertekan..darah turun..sakit kepala pun menjadi la..tambah pula aku hilang banyak darah tempoh hari..aduh..korang nak tau gara-gara apa..teng..teng..teng..:


nie dia..coklat..aku dah lama tak makan coklat..tah macam ne aku leh sangkot nak beli hari tu pun aku tak tau..teringin kot..aku bedal je la...bukan satu tapi dua..hahahaha...


ala bukan pasal coklat la aku nak cerita.. aku nak cerita pasal presentation kerja kumpulan..aku rasa semester nie ar paling banyak aku kena bentang..so sedikit sebanyak memberi keyakinan dalam diri aku..best..hilang segala gugup aku..hehe.. kalau nak bentang nie mest ar kena buat persiapan..buat slide..buat report..buat note untuk bentang..aku pun heran note yg aku buat panjang bejela..tapi bile time aku bentang aku tak baca pun note tu..hahaha bantai cakap spontan je.. satu ag yang aku perasan aku tak leh cakap lama-lama aku semput..hehe penat kot..



presentation kelas bahasa budaya dan ekonomi...
cara pembentangan: forum bahasa
terima kasih buat semua ahli kumpulan 7..





presentation menteri-menteri pengubal dasar..hehehe..
kumpulan perancangan dan pembangunan ekonomi..
terima kasih sesangat untuk semua..
dayah, munyati, kasma, yus, kak asma, yo, pesal, epoi dan aizam....


ada banyak ag tapi takde berkesempatan nak amek gambar..hehehe...yang nie je yang rasa menarik untuk diambil buat kenangan..hehehe...apa-apa pun thanks untuk semua ahli kumpulan kerana memberi komitmen yang tinggi dan memberi kerjasama yang ain perlukan..korang the best...hehehe..

semangat nak balik kampung..
update terbaru selepas balik kampung dan pengakhir untuk tahun 2011...

Jumaat, 16 Disember 2011

Surat Untuk Awak


Assalamulaikum...

Kehadapan awak yang bakal melansungkan perkahwinan esok. Maafkan saya sebab tak dapat hadir kerana saya masih berada di kampus. Sedang berjuang untuk final exam. Apa-apa pun saya nak ucapkan selamat pengantin baru untuk awak dan bini awak. Dah nikahkan? Semoga bahagia sampai akhir hayat. Sebenarnya awak saya tulis surat nie sebab nak bagi tahu awak beberapa pekara..

saya nak minta maaf kalau ada silap salah sepanjang awak kenal saya . saya rasa happy sangat bila mama saya call bagi tau awak datang hantar kad jemputan kahwin. Mama saya cakap awak nak kahwin. Saya rasa macam tak percaya.rasa nak balik tengok sendiri kad kawen tu..hehehe..bukan apa tak caya je..hehe..serius saya happy sesangat..adoi tak tahu la nak bagitahu macam ne kat awak..akhirnya awak jumpa pengganti saya..ingat ag waktu awak merayu-rayu kat saya..awak cakap takde ganti dah saya..siap nak terjun dari feri pulau pinang kot..kalau saya tak nak terima awak dah hahaha.. Alhamdulillah tuhan temukan jodoh awak..nak kawen pun..hehehe

awak tahu sebab apa saya happy?? Sebab awak dah nak kawen, tekde dah la perangai gila awak tu lagi yang mengangu hidup saya. Sampai saya jadi fobia..kalau balik kampong saya memang tak berani kuar sorang-sorang. Takot jumpa awak..sebab awak selalu sekat saya kat jalan..siap merayu-rayu..saya malu tau..rasa nak langgar awak tapi tu la saya takot nanti sia-sia saya masuk jail..takmau..takmau.. paling lawak ar saya rasa awak ukir nama saya kat helmet awak..awak usung merata awak pegi..cam bodoh je.. bukan setakat kat taiping dengan kamunting..sampai peneng kot awak usung..aduh..satu ag awak tulis “ain terima aku kembali” kat belakang baju awak..dah la baju tu warna putih..awak pakai tak basuh-basuh sebab awak takot tulisan tu hilang..dari putih sampai kelabu taik anjing dah saya tengok baju tu..nak dekat dengan awak pun rasa adoi..jenuh tahan hidung kot..awak memang gila…

saya hargai cinta awak untuk saya tapi saya memang tak leh terima awak balik dalam hidup saya..tengok jodoh awak bukan dengan saya…dan paling tak boleh saya terima masa awak tunggu saya dekat stesen bas butterworth. Awak macam tahu saya naik bas dekat sana. Tah la apa nasib saya hari tu..tiket bas habis, terpaksa balik naik bas dekat sana..erm mungkin nak jumpa awak dan dimalukan oleh awak..tapi serius saya titiskan air mata bila lihat awak kena usir dengan pemandu bas tu gara-gara awak tarik tangan saya tak bagi saya naik bas..sedangkan bas nak jalan dah..erm dan itu kali terakhir saya lihat awak..rasanya dah dekat 6 bulan kot..hehehe..

jap je gila awak kat saya kan..tiga bulan awak diam tanpa miscall dengan mesej saya dah. Kalau tak bangun pagi je beratus-ratus miscal awak..mesej tu usah kira la berapa dan panjang memang berjela-jela la..kadang tu tak payah baca sebab dah tahu isi nye..mesej yang sama..minta saya kembali pada awak.. tapi dah tiga bulan takde semua tu..rasa macam rindu pulak bila bangun pagi nak ada mesej dan miscal awak tu..heran gak mula-mula dulu..tapi kuatkan hati supaya tak berhubung dengan awak..agar awak tak ingat saya dah..saya simpan ag mesej terakhir awak..”I love ain forever” ..hehee..

akhir kata, saya harap awak dapat setia dengan bini awak..sayang dia seperti mana awak sayang saya.bolehkan? bahagiakan dia, jangan sakitkan hati dia ye..saya tahu awak seorang yang romantik, penyayang, selalu buat saya rasa happy..so saya nak awak buat macam tu gak kat bini awak ye..maaf sebab tak dapat hadir..sapa suh buat esok..lain kali buat ar bulan depan..time saya cuti..hehe awak, kalau saya ada sana pun saya tak akan hadir seperti yang awak harapkan..saya tak nak awak wat gila pada hari awak kawen..naya saya nanti..tapi tu la teringin sangat nak tengok bini awak..cantik pada saya ker tak?sampai dalam masa yang singkat awak leh lupa saya..hehe.satu g nak jumpa dia nak peluk cium dia sebab dia terima awak seadanya..dan takde la buat saya fobia ag..hehehe..kim salam ye kat dia dan mak awak..cakap kat mak awak saya mintak maaf sebab tak jadi menantu kesayangan dia..hehehe

nie gambar kenangan yang masih ain simpan..izinkan ain simpan ye...

yang lega sesangat,

Ain Aininia

Rabu, 14 Disember 2011

Saya Sayang Awak Sorang Je...

Satu Jawapan, Beribu Harapan

perubahan pada diri ini..
membenci tidak sekali..
kemana hilang perasaan itu??
namun apa yang dapat aku simpulkan...
dia bukan milikku.....
kerana Allah telah jauhkan hatiku untuk dia.....
namun kenapa Allah kembalikan aku pada dia??
yang pernah menjadi penyeri hidupku kala dulu???
kalau aku ditentukan dengan dia..
satukan kami..lembutkan hati kami untuk menerima ketentuan..
tak saggup lagi berjauhan.. menyimpan rindu yang bertaut dihati..
aku rela bandar tasik selatan jadi penghubung...
antara cinta utara dan cinta selatan...
aku tersiksa sekian lama terpisah..
mungkin ini dugaan untuk kami..
dalam menempuh alam percintaan..
namun aku sesal atas sikap ku...
mempersia cinta mu..
namun izinkan kita kembali bersatu
menempuh segala suka duka kala dulu..
ya ALLAH, permudahkan urusan kami...
kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain..
beri kami kebahagiaan serta petunjuk ke jalan yang kau redhai..

hanya kau yang aku cinta, itu janjiku!!!!!!!
akan aku abadikan kau disini
CINTA
NURFIRDAUSY
AIN AININIA


Jumaat, 9 Disember 2011

Sweet Memories, Friends Forever

Assalamualikum dan salam sejahtera....
kali nie ain nak kongsi perasaan suka ain dengan korang..
kes mengidam makan kek je pun..bukan ada celebrate apa-apa..
tah jadi kegilaan tiga dara pingitan nie, Ain, Mun, Dayah..
tetiba nak makan kek..sebenarnya dah lama dah duk impi nak makan kek nie..
nak celebrate friendship kami la..apa la.. ain follow je la janji kami bertiga enjoy..
bincang punya berbincang..
akhirnya...

suprise...ne leh tunjuk kek awal-awal...

comey tak??
yang penting nama kami bertiga..
~MUN,AIN,DAYAH~
..friends forever..

MUN: huish pisau nie?tak sabar nak makan dah...

DAYAH: sayang nak makan la pulak kek nie....

AIN:nie la kek yang kami idam nak makan tu..hehehe

tiga dara pingitan....

tiup jangan tak tiup..biar sampai terbang kek tu..hehehe

wah..tak sabaq nak makan dah ye...

praktis suap kek..hehehe

alala..sopan nyer...

nak juga...........


tercapai la hajat nak makan kek..tapi rindu kek buat sendiri la pulak....hehehe
tak sabar nak balik kampung..leh wat kek bebanyak..hahaha
makan sampai kembung perut..huhuhu..
tu la bila dah pandai wat kek baru pandai nak komen kek orang buat sedap ke tak..hehehe..
love bebanyak kek moist chocolate...

Rabu, 7 Disember 2011

Kecewa Sesangat

Dugaan hidup mengajar aku untuk tabah menghadapinya..
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..yup aku yakin..aku terlepas yang tu aku dapat yang nie.. aku kecewa dengan yang ini namun aku gembira dengan yang itu..

sibuk study...hehehe..

tu la kalau orang tengok aku macam takde masalah..tapi tipulah..kerja aku betimbun, dengan masalah lagi aku jadi sawan tau..tapi sebagai seorang yang periang aku sentiasa gembira..namun ada masa aku fikir masalah...kini tiada lagi air mata..cuma serius aku rindu nak balik kampung..rindu kampung sesangat akan TETAPI...herm ada halangan lagi..aku malas pikir dan nak tumpu pada kerja aku dulu..tapi tak tahu nak bagi tau cam ne kat abah..takot abah terasa dengan aku sebab aku bagi harapan yang tinggi yang aku nak balik....hurm...mintak tolong mama kot..tapi nanti abah call tanya sendiri...


sekarang nie aku sibuk sesangat wat asgemnt.. betimbun..hahaha memang suka wat keja last minit..nak wat macam ne??dah tu hobi aku..hahaha mula semester je semangat tah hape..hape..dah dekat tarikh nak hantar baru terbeliak bijik mata nak siapkan jugak..hahahaha dah la aku malas nak update pepanjang..takde benda menarik nak kongsi...chowwwwwwwwwwww.......
p/s: bukan buat asgment ye..tido...huhuhuhu

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers