Blogger Templates

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kalau Dah Niat

Assalamualaikum...
aku rasa cam nak kongsi sesuatu je dengan korang... erm puas aku fikir apa aku nak kongsi.. sepanjang jalan balik dari Pasir Mas, aku tersenyum sorang-sorang kat belakang.. bukan aku gile ker apa cuma melihat aksi kawan aku dua orang yang duduk kat depan..maksud aku driver dengan penumpang sebelah dia la...maafkan aku ye kawan..hehehe..terbayang 5 tahun akan datang..kalau diorang kahwin dan akan balik kampung time raya ker, cuti ker..mesti cam nie kan? senyum lagi.. mana tak nyer bila kereta gerak agak laju sikit, dah jerit suh slow.. driver pun slow.. dah lama sikit laju plak..jerit ag... aku suka sorang-sorang la.. sampai driver tu cakap gini la kat aku "ain, kalau keja kat KL esok nie, mau 3 hari baru sampai umah kalu slow macam nie.."aku gelak je la..hehehe tak dapat bayangkan..hehehe
okey, sebenarnya bukan sal diorang aku nak citer, aku nak cita sal aku yang mula-mula tak jadi nak balik kelantan..tetiba hari khamis tu ada sorang member nak balik..gatal mulut p cakap nak ikot..so dia pun kata okey..apa lagi pagi jumaat pakat kemas beg ikot balik Pasir Mas..heuw... niat nak pergi kena p jugak..so aku dah p!!!!! senang nya dalam hati...hehehe.. sekarang aku dah balik untuksambung belajar..semangat nak belajar masih berbukit-bukit..bila nak teroka tah la..hahaha..semangat je labih.. k la nak buat keja skit...
nota kaki: maaf la mood nak amek gambar dah takde..aku sendiri tak tahu kenapa..huhuhu...maaf la ye..kali nie takde gambar...

Rabu, 26 Oktober 2011

Bila Hati Aku Terluka

Assalamulaikum..
Ruangan Aku Yang Sedang Kecewa
banyak benda aku nak isi kat dalam ruangan nie.. sekarang nie mood aku dalam kecewa..aku terluka.. mudah untuk aku jatuh cinta, mudah juga aku di kecewakan... so kisah aku pun mesti la mengenai kecewa... aku kecewa sasangat.. tak dapat aku ucap dengan kata-kata hanya air mata yang mampu mengucapkan nya.. aku sendiri tak pasti macam ne aku boleh kecewa..sedangkan aku sendiri dah bahagia dengan hidup aku.. tak ada yang gangu aku..tak ada yang nak control aku..tapi tu la hanya yang memahami je dapat rasa aku amacam ne... mungkin cara dia buat aku terasa... andai dia bagitahu aku dengan cara yang elok mungkin aku dapat terima...

Hari nie dah masuk hari ke-4 air mata mengalir kala aku bersendirian... terlalu perit untuk aku tanggung.. bila aku dengan kengkawan aku happy je.. tak teringat langsung pada apa yang berlaku.. bila sendirian aku teringat balik time bersama dia... time tu la buat air mata aku mengalir.. Air mata yang mengalir bagai dapat mengubat segala duka yang aku tanggung.. lega rasanya bila air mata tu mngalir... jiwa aku tertekan sesangat bila aku ingat pada dia.. pelbagai persoalan muncul dalam kotak fikiran aku nie... kenapa? mengapa? bagaimana? dan sebagainya lah...tak mampu untuk aku menjawab segala yang timbul.. bila dah tak terjawab semua soalan yang timbul aku mula menangis.. terlalu perit....

Ini bukan lah kali pertama aku terluka dan bukan kali pertama aku mengalirkan air mata. selama nie aku hanya pendam sahaja kisah duka aku..tapi kali nie aku dah tak mampu untuk pendamkan.. sudah terlalu banyak air mata yang aku bazirkan kerana insan bernama LELAKI... patut tak aku katakan yang pintu hati aku dah tertutup untuk terima lelaki dalam hidup aku??? aku rasa tak..sebab aku nie jenis mudah jatuh cinta.. namun insan yang bertahta di hati tetap berada dihati aku... CINTA NUR FIRDAUSY.... walau aku terluka denganya namun cinta tak pernah pudar untuk dia... sekarang nie aku rasa baik aku diam je...kalau aku rasa perlu mengalirkan air mata aku menangis... kalau nie yang dapat buat aku rasa lega....

Aku akan layan lagu yang jiwang dan mampu buat aku mengalirkan air mata bila aku rasa tertekan.. contohnya lagu sayap terluka dari panji...berulang kali aku dengar lagu nie..dan setiap kali tu jugak lah aku mengalirkan air mata..tah la aku rasa lirik lagu nie menyusuk ke dalam kalbu aku... tak caya jom hayati lirik lagu nie:

Dalam keributan hembusan beliung
Terbanglah aku sang camar hina
Mencari singgahan andainya kau sudi
Menghampar kasih di pantai hati

Dah lama ku puja kini jadi nyata
Sayang hanya untuk seketika
Sayap ku terluka ditimpa bencana
Akhirnya diri aku sendiri yang sengsara

Ku tahu diri ini bagai menggapai bintang di langit
Tersingkir jatuh tiada pernah kau peduli
Rapuhnya cinta kita patah terkulai di ranting hampa
Pedih terluka tiada siapa yang endahkan

Biar derita biar sengsara aku rela
Menjadi mangsamu
Akanku simpan di nurani ini kenangan antara kita
( hingga akhir nanti oh... )

Kini kan tinggal cinta dan kasihku
Umpama pungguk merindu bulan
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini
Biarpun harus ku tunggu seribu tahun lagi

nota kaki: semoga aku tabah menghadapi segala dugaan dalam bercinta dan bertemu dengan insan yang betul-betul membahagiakan aku.. aku tak mahu terluka lagi.. cukup ini yang terakhir.. kembalilah wahai cinta yang kekal ke firdausy dalam hidup ini..

Ahad, 23 Oktober 2011

Ekspedisi Lata Payong

Assalamualaikum...dah bersawang dah blog aku nie...nasib la angkot-angkot baru melawat..hehehe..tapi aku dah sapu la sawang tu..biaq comey cikit blog aku..walau tak secomey orang yang melihat tapi aku rasa cukup untuk buat korang rasa selesa...satu ag aku nak bagi korang rasa nak melawat tempat yang aku dah melawat nie..hehehe. kalau duk tempat orang kena la melawat sana sini..nani dah balik kampung buleh cerita kat kedai kopi..hehehe baget aku lepak kadai kopi..saje celoteh panjang..hiburkan hati yang terluka nie...apa apa pun aku nak cerita tentang lawatan aku ke Lata Payong dengan Tasik Kenyir...best sesangat...enjoy gak la... jom la tengik gambar-gambar aku...

Team ekspedisi sempat posing atas jambatan..













nyum..nyum..nyum...

Tasik kenyir, pot kedua kami..sampai sana ujan punya la lebat...tapi tungu gak kejap hujan pun berhenti..menyambut kedatangan Cik Ain la tu..hahaha..tu yang boleh photoshoot tu...ratu camera...sampai penuh memory..tapi tak sempat habiskan memory telefon pulak..telefon dah off..betery la pulak wat hal...hurm..sabar je la...dugaan....


renungan masa depan ker???






tunjuk apa tu???


macam semut dah aku tengok..






wajah terbaru cik ain Cinta Nurfirdausy..rambut pendek.

pesan penaja: percutian yang meninggalkan seribu erti..hahaha hanya yang terlibat sahaja yang merasai suka duka...unforgetable experiance....

Isnin, 17 Oktober 2011

BAHAGIA DALAM SERABUT???

Assalamualaikum...
kekangan masa dan waktu membuat ain jarang bedepan dengan blog..buka fesbuk pun sekadar nak tahu berita tentang kelas je..ye la fesbuk penghubungan kami sekelas..huhuhuhu...disamping tu ada la gak sedikit sebanyak yang ain update..kalau sal blog nie..erm maaf la nak kena guna masa yang banyak..huhu baget nak buat karangan 350-600 patah perkataan..hahahaha macam karangan tingkatan 5 pulak..hehehe
kesibukan melanda lagi...

kesibukan yang membahgiakan...
jaga statment tu yang..huhuhu tapi tol la tak de yang nak gangu ain wat kerja..tak de la nak gaduh dengan pakwe ker..nak mengamuk sal apa ker..happy la..ain hanya bertumpu pada kerja ain..family pulak jnis memahami..kekadang diorang yang telefon ain..nampak sangat ain terlalu sibuk..masa untuk family pun terabai..mana taknyer si kecik tu duk telefon..sehari dekat dua tiga kali telefon..soalan yang sama je dia tanya.."BILA KAK YONG NAK BALIK?" sayu gak hati bila dia tanya macam tu..bertambah saya bila dia cakap "ADIK RINDU KAK YONG" mau melelah air mata aku..tapi aku kena tunjuk aku seorang yang kuat..kalau ikot hati ain dah lama lepas kampung..hahahaha..sebagai seorang student kena la tempuh apa jua dugaan...

bukti aku baru je balik kampung..nie time aku jumpa dokter..rasa baru sangat..tapi dah ada yang rindu kat aku??erm..biasa la..kalau dah rindu..sehari tak jumpa pun leh cakap rindu.. time nei aku p hospital Taiping..tungu nak amek ubat punya la lama..

TERASA BEGITU BAHAGIA
heuw...lompat bintang-bintang..happy la konon..hehehe tah le tak reti nak cakap la macam ne perasaan nie..happy je sejak akhir-akhir nie..hahaha terfikir gak ada kah hidup single nie membuat aku happy dan bahagia..senyuman tak pernah lekang dari muka..hehehe.. hanya yang memahami diri ini sahaja yang mengerti apa yang belaku pada diri ini..hehehe.. fall in love?? tak mungkin!!!! aku bahagia tanpa ada sesiapa yang mengawal diri ini... hope kebahagian ini akan berkekalan...

muka bahgia lepas pembentangan final year projek..jangan tunjuk bahagia sangat..banyak ag kerja kau kena betolkan..hahaha..tapi orang bahagia tetap buat muka bahagia walaupun segunung kerja ag dia kena buat..hahaha

daurah dan Najmum..pengubat rindu bla aku balik kampung...comey kan??makin comey...hehehe

akhir kata: semoga kebahagian ain berkekalan..ain dah tak mau serabut..hujung mingu nie g camping...owh tak sabar rasa nyer..hehehe... cari ketenangan selepas midterm...hehehe good luck ye kengkawan...

Sabtu, 1 Oktober 2011

Betapa Aku Sibuk

seorang student la katakan

Asalamualaikum semua..



ain begitu sibuk sekarang nie sampai tak de masa nak update blog..
mana tak nyer ada je aktiviti yang membuatkan ain teruja nak buat.
firstly ain dengan kengkawan sibuk cari umah sewa..maklum la tak dapat hostel..da tu cari homestay lak..so dah dapat kira terbaik lah..pelajaran pun tak de la gangu sangat... migu pertama rajin la cikit..hehehe...







minggu lepas 24/09/2011 majlis konvokesyen adik ain..hehe ain yang lebih-lebih konvo nyer..hehehe sampai kawan dekat fesbuk pun terkejut sejak bila ain konvo..belajar pun tak habis ag..huhuhu..yang happy dapat jumpa semua family..diorang datang dan barmalam dekat sini..

terima kuih cincin sebelum terima diploma..hehehe

bukan aku yang konvo..

sweet couple...hehehe

diorang nie la yang konvo...

kenangan dengan family dari sabah..

we are together...

ada macam kat london tak??

sweet family..

jejak kaki jugak ye dalam masjid kristal..

Hari ahad 25/09/2011 satu pekara yang menggemparkan keluarga poseso ye lah dua orang dari kami terlibat dalam kemalangan..kesian sangat..tapi diaorang dalam keadaaan selamat..cuma seorang antara mereka ada yang patah tangan..ain doakan mereka cepat sembuh dan dapat kembali bersama kami..balik tu sempat ag singgah pantai batu buruk..

comel kan panorama kat cnie??


dah macam iklan je aku tengok..hehehe
abah, kak dah amek gambar kat cnie..

with my roomate..

seiring..melangkah ke destinasi..

sweet kan???

muka bosan menanti...

menunggu dengan penuh kesabaran...

miggu nie 01/10/2011 ain ikot kawan ain balik kampung..pergi oversea la konon..g munok, thailand..macam-macam ain borong..kalau bawak seribu mau habis..heheh nasib bawak sikit.. ain dah beli hadiah untuk birthday abah..hehehe nak tau apa dia???hehehe tunggu la ye..family member ain nie sporting sangat..thanks my freind ..kalau ada kesempatan nak p lagi..hehehe nak makan nasik kerabu..hehehe...
namun ada pekara yang tak dapat ain lupa..so sweet..love this time..hahaha hanya kitorang je yang tahu... tapi kenangan la..thanks to driver kami la sebab dapat kawal keadaan masa kecemasan waktu on the way balik UMT..kalau tak!!! erm kecut perut gak..hehehe


setitik demi setitik....





ratu camera la katakan...





skuard balik kampung...hehehe..pekara wajib sebelum turun tangga..


akhir kalam.ternyatalah ain begitu sibuk..sampai nak update blog pun tak sempat...so kalau rindu tu..jengok-jengok la kat fesbuk..bukan apa fesbuk sempat ag online kerana line still okey..kalau nak update blog tunggu la dua bulan ag..line lembap sangat..bak kata kawan ain..kejar kura-kura lagi laju..hehehe apa pun pekara terbaru akan ain upload jugak ye...

salam sayang buat semua..muakhhhhh.....

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers