Blogger Templates

Jumaat, 4 Oktober 2013

Tampil dengan Jawapan

Assalamualaikum semua....

sekian lama tak mencoretkan sesuatu di laman kasih ini bukan kerana tiada benda menarik yang berlaku untuk dikongsikan.. tapi terlalu sibuk dengan aktiviti sendiri sehingga ruangan ini diabaikan begitu sahaja.. maafkan Cik Ain ye.. laman nie Ain selalu jenguk tapi sekadar tatapan mata mengimbau kenangan bersama.. untuk menaip kisah terbaru tu tak tergerak hati mungkin..hehehe..


Tergerak untuk mencoretkan sesuatu di ruangan ini yang telah lama di tinggalkan.. coretan berkisar episod cinta yang kian mekar mewangi di taman hati.. orang cakap darah manis banyak dugaan.. Alhamdulillah bagi Ain dalam saat macam nie Ain rasa lebih bahagia dan tenang..hampir lengkap kehidupan Ain.. dugaan menggoyangkan hubungan tu sentiasa ada.. syaitan mana boleh tengok manusia tenang dan bahagia..dah tugas dia untuk menyesatkan manusia.. (mohon jangan terasa la ye kepada yang terlibat).. Ain berpikiran positif dan segala dugaan tu membuatkan ain lebih bahagia dengan Encik Nunang sekarang nie.. dah nak dekat kahwin pun..tinggal berapa bulan je lagi..semoga dipemudahkan segala urusan..amin..

Persoalan demi Persoalan

lepas bertunang ramai yang tertanya tanya dan khabar angin pun bertiup ikot skala..biasa la manusia tak boleh tutup mulut dari terus berkata kata.. ada sahaja yang direka cerita bagi menguatkan lagi tiupan angin.. namun Ain masih boleh tersenyum dan mengumpul kekuatan untuk menjawab segala persoalan..

antara persoalan yang sering diajukan..

1. belajar tinggi tapi kenapa pilih orang biasa?
2. ramai kenapa tak pilih kerja tetap, makan gaji besar?
3. masa belajar awat tak cari yang sama belajar?
4. tunang dia belikan la kot?
5. hantaran tinggi tu nampak mewah...


Jawapan Ain:

1. Ain tak pandang rupa, harta, pangkat dan kedudukan..yang ain pandang dia boleh bahagiakan ain dan terima ain seadanya. insyallah rezeki tuhan sentiasa ada untuk hambanya.. selagi niat kita ada dijalan yang betol Allah sentiasa membantu..
2. tetap atau makan gaji besar tak menjamin masa depan pun kalau kita sendiri tak mencorak masa depan kita dengan jalan yang betol.. asik pandang kemewahan tokey balak pun bankrap..hahaha..
3. Soalan paling hot la jugak yang nie..abah selalu pesan "kak, nak belajar buat cara nak belajar, nak kawen bagi taw.. abah sanggup gadai tanah untuk hampa semua belajar.." pesanan nie ain abadikan dalam kehidupan ain selama begelar pelajar jadi memang takde masa la nak pilih jodoh.. sekadar berkawan tu ada..tipu sangat la kalau Ain kata takde kan..hehehe.. 
4. rezeki ain lepas kemalangan la katakan.. Ain beli kereta pun bukan guna duit hantaran k..bukan Encik Nunang kasi ye.. kumpul adik beradik sorang sikit.. adik beradik kena sepakat baru boleh rasa hidup senang..tolong sorang sikit.. kami memang sepakat..sorang susah semua susah..sorang senang semua kena senang.. dari kecik abah dah latih kitorang macam tu so bagi Ain takde hal pun sebab susah senang darah daging kita jugak.. 
5. biar papa asal bergaya..hehehe ada dua ringgit dalam poket pun boleh keluar taiping lagi..bak kata adik Ain..hehee.. memang ain tiap minggu keluar.. tak lekat dekat rumah.. dah time tu je boleh keluar jalan jalan tu pun adik adik ikot sama.. hantaran kawen tak sampai 10k pun..yang buat cerita 25k la..12k tu sila beri perhatian ye.. hantaran tinggi lepas kawen makan pasir..hehehe  tak nak lah macam tu.. satu lagi tak nak la berhutang sana sini semata -mata kerana nak nampak grand masa kawen.. cukup sederhana nampak meriah...

sekian...


Pilihan Ain Kehidupan Ain

 Ain yakin apa yang berlaku ada hikmah jadi terima dengan redha dah la ye..
tak perlu nak mereka cerita yang entah betol atau tidak.. nanti kena batang hidung sendiri baru tahu..hehe.. selalunya bila kita cerita keburukan orang kita dapat balik benda tu..betol tak? kalau betol angkat mouse..hehehe..

Maafkan ain kalau coretan kali nie jiwa sikit.. pendam dah lama..kali nie baru terluah..hehehe berat rasa nak tanggung..hehee..abadikan kat sini senang nanti bila tengok balik boleh rasa betapa kuatnya tamparan kehidupan nie agar menjadi pedoman masa akan datang..

Semoga dipermudahkan segala urusan...








Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers