Blogger Templates

Rabu, 21 September 2011

Kampungku Yang Permai

Assalamulaikum...

sehari sebelum pulang ke terengganu sempat lagi pusing-pusing kampung.. sebenarnya dah lama tak ronda-ronda naik basikal..so bila ada kesempatan apa lagi...hehehe.. macam biasa lah kalau dah ratu camera pergi berjalan..mesti nak rakam segala yang terjadikan?? saksikan la betapa permainya kampungku...





peace....(___T___).....

tali air tempat melepak...




sweetkan??nanti kawen boleh la nak buat picture outdoor kat sini...

Inilah kampungku..

Cantik dan permaikan kampungku...itulah yang membuatkan aku sentiasa teringat kampung... bila nak balik kampung nie!!!!!!!

Isnin, 19 September 2011

kesibukan sedang melanda

Perjalanan hidup yang terlalu sibuk dengan aktiviti..mana tak nyer dah start semester baru..semester 5, bukan sesuatu yang baru tapi semester yang mematangkan diri ini.. bermula dari melangkah kaki meninggalkan Bandar Taiping sampailah ke hari ini, terlalu banyak pekara yang harus aku tumpukan, tempat tinggal..pelajaran..dan time nie jugak lah masalah peribadi melanda..redha dengan ketentuan..aku tahu aku harus tabah dalam menghadapi segala dugaan.. semoga ALLAH memberi keberkatan..
kengkawan banyak membantu dalam menyelesaikan segala kekusutan yang ada..mereka yang berada di samping aku sekarang..keluarga hanya mampu memberi kekuatan dalam menempuh dugaan ini..kekasih, aku mendoakan yang terbaik untuk kita..namun ketahuilah aku sangat memerlukan diri mu kala ini.. biar pun mesej yang kau hantar sekadar "OK" dah cukup berbunga-bunga hidupku..
semester ini aku wajib utamakan peajaran..aku mahukan yang terbaik dari semester lepas..ini untuk kebaikan aku juga..tapi pada awal semester nie dah macam-macam rancangan aku susun..semua untuk enjoy..hahaha...bercuti ke oversea yang aku tunggu-tunggu..doakan keselamatan aku...
kalau korang tengok aku kurus lagi lepas nie mengerti lah bahawa yang aku banyak berjalan.. demi menimba ilmu yang aku cari selama ini aku redha..
akhir kalam, apa-apa perkembangan akan meyusul selepas ini...

Isnin, 5 September 2011

Orenge Susu Bercerita

HARI KEMENANGAN BUAT KITA SEMUA

Assalamualaikum...

Belum terlambat rasanya untuk ain uacapkan selamat hari raya aidilfitri ampun maaf buat penunggu blog..hehehe..dah lama rasanyer tak kongsi apa-apa kan? So meh cini la nak cerita yang betapa ain sibuk..hehe..okey la..sambutan bulan puasa tahun nie bagi ain begitu meriah..mana taknyer puasa pertama berbuka dengan keluarga belah mama..semua berkumpul..yang keduanya ain bahagia dapat berpuasa dengan keluarga..mana taknyer dah dua tahun berpuasa dengan kengkawan dekat U.. persiapan pertama yang ain buat mesti la baju raya..tahun nie tema pakaian kami sekeluarga warna oren susu. Dari abah sampai la ke adik aisya yang kecik sekali tu..

Kedua yang ain sekeluarga sediakan pulak langsir..warna merah hati..nak kontra kan dengan dinding yang di cat warna ala pink gitu..tapi kat tong cat tu tulis warna bollsom..huhu..langsir mama jahit sendiri..dua hari lagi nak sambut raya langsir baru siap..mana tak nyer ada je yang menganggu.. okey yang paling ain rasa bangga..hahaha..semua kuih raya untuk juadah raya tahun nie ain buat sendiri..semuanyer dalam 12 jenis..biskut almond london, tart nenas, tart strawberry (mesti ada..), biskut dahlia, kuih bakar kacang dan putih, biskut cornflek, biskut kelapa dan macam- macam lagi..

baju raya yang telah siap di iron..

Sebelum keluar ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya kami sekeluarga akan bermaafan sesama sendiri..

best memory..pekara wajib sebelum keluar beraya..posing dulu..hehehe

bergambar bersama mama dan abah..sedondonkan??

4 dara pingitan..yang mana bekenan sila isi borang...hehehe..

Suasana pada hari raya pulak..huhuhu pagi tu memang sibuk sikit la, layan tetamu yang datang..penuh rumah kengkawan abah yang datang.. dalam pukul 12 pulak kengkawan sekolah rendah pulak datang..yang paling gembira aku dapat jumpa kawan yang lama aku tak jumpa..so kumpul ramai-ramai, berjalan sekali..tersangat la best..hehehe petang baru balik..

Namun ada peristiwa yang tak dapat aku lupakan, sepupu aku kena mercun. Kesian aku tengok.. mata dia pulak tu..kena la tahan kat wad 3 hari..orang duk beraya dia beraya kat hospital..huhu benda nie jadi iktibar buat kami yang suka sesangat main mercun..tetambah aku..hahaha..dah besar pun still nak main jugak...


kengkawan sekolah yang ikot beraya bersama..

nice picture..aku suke...hehehe

orang beraya kami sempat lagi posing dekat mesin padi..hehehe..

baris! nak tunggu duit raya..hehehe

Selain tu aku sempat beraya dekat pulau pangkor..beraya sambil makan kenduri anak sepupu aku kawen dengan dapat melancong sekitar pulau.. disamping tu juga dapat mandi laut, adik aku je la yang mandi laut..aku teringin gak tapi tak pe la..kuburkan niat tu..hehehe.. shopping time paling aku suka.. makanan segera hasil pulau pangkor tak lepas punya lah..hehehe..


Ahli rombongan ke pulau pangkor, keluarga pak jang dan lang..keluarga ain yang pakai sedondon warna oren susu..

kenangan keluarga ain bersama pengantin..

mandi manda...

landak laut yang telah di tangkap oleh mereka yang berkelah..erm teruja sebab diorang makan mentah-mentah je isi landak laut nie..tak berani cuba sebab takot mabuk..hehehe..

raya yang keberapa tah aku dapat call dari seseorang yang lama aku tak dengar suara dia..huhuu..dalam hati memang cadang nak pergi rumah dia..macam tau-tau je..erm bekas pakwe aku..tapi aku still baik dengan family dia..dia dah bertunang..herm lega hati aku dengar cam tu..balik tu adik ipar tak jadi aku datang umah pulak..hehehe...pakwe sendiri tak tahu le nak datang bila..aku masih menanti kehadiran mereka..cam ramai je pakwe aku..hahaha..sebenarnya aku pun tak tahu yang aku nie dah ada pakwe ke tak..hahaha... buat bodo dah la..eh-eh..wat pandai..hahaha

hari pink sedunia..hahaha

akhir kalam sekali lagi ain ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.. banyak lagi ain nak kongsi..tapi tak pe la..ain buat koleksi peribadi ain je la..hehehe...



Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers