Blogger Templates

Sabtu, 30 April 2011

Perhitungan aku semakin menuju waktu..hari demi hari..akhirnya bakal menjelma...

wargh...tak sabar nak balik kampung...bak kata hati dah ada kat kampung yang tinggal jasad je lagi kat sini..tinggal berapa hari je lagi aku dah nak balik..selamat tinggal Kuala Terengganu..huhu.. Taiping dah memanggil aku pulang... semua barang-barang aku dak packing siap-siap. huh,semangat nak balik tu kena penting..kengkawan ada dah yang jelous dengan aku..ala korang sabar erk..balik tetap balik..hahaha...aku dah boring duduk menyepi kat bilik..tak tahu nak buat apa dah pun..bangun tido..sah-sah lewat..makan tengah hari..hahaha nampak sangat aku bangun lewat kan..memang patut kena reject jadi menantu ar kalau bakal mak mentua aku baca..hahaha.. lepas makan layan laptop sampai tertido depan dia..dia pun dah panas tengok aku hari-hari macam nie..bangun tido aku p cari makan petang dah tu merapu depan fesbuk dan blog..sampai dua tiga pagi baru la aku tido balik..hahaha tu la kerja aku weh bila duk kat bilik..BOSAN..BOSAN..serius aku tak tahu nak wat pe..tu la fikiran aku merayap merata..hahaha..sampai aku pening-pening kepala..

(barang-barang dah siap di packing)

aku ada gak merayau ke pasar malam,buat kali terakhir bagi semester empat..huhu aku pergi dengan kawan aku.kami dua orang je..bayangkan dia bukan nya sihat dan aku pun pening-pening..kalau la jadi something kat kami...huhu payah..tapi hasrat nak pergi pasar malam tu ada, so kami sampai jugak akhirnya..walaupun banyak berenti rehat. huhu..ain kalau cakap nak pergi..kena pergi jugak..hahaha..biasa la budak degil..hahaha..sebenarnya aku pergi pasar malam tu nak beli selendang untuk adik aku..dah tu nak beli beg, kerana aku bekenan sangat beg macam tu..merayau punya merayau sampai la sejam kami kat pasar malam tu.. biasa la kalau tak round habis bukan Ain la tu..hahahaha..aku balik bilik dah malam..huhu kalau ada laki conform kena marah la wei..hahaha naseb tak kawen ag..hahaha..tapi mak aku pun marah kalau keluar senja baru nak balik.hahaha sampai-sampai terus bantai tido..letih sesangat..dah tengah malam baru makan apa aku beli..ops..lupa lak..sambil makan layan cerita CUN..hahaha..


(nie la barang-barang yang aku borong kat pasar malam)

satu lagi aktiviti aku dalam masa terluang ye lah teman kawan aku pergi umah kawan dia..huhu saje melihat kawasan..hahaha cantik jugak kawasan rumah sewa kawan kepada kawan aku tu..hahaha.. suasana kampung masih terasa.. pemandangan sekitar rumah tu pun cantik.. ops.. kami pergi jalan kaki je pun..tak jauh sangat dari kawasan kediaman kami.. lepak lama gak umah dia siap makan nasi lagi dan langkah kanan kot masa kami melangkah nak pergi tu sebab kami siap dapat buah mangga lagi sebagai buah tangan melawat kakak tu..hehe rezeki tu..kegemaran aku tu..hahaha..best sesangat.. mula-mula aku ingat masam tapi ouch.. lemak manis la.. yurm.. yurm.. sedap sesangat..


pemandangan kampung yang telah memukau hati aku sekali gus perasaan nak balik kampung semakin berkobar-kobar....




Rintihan hati: sabar la duhai hati..tak lama je lagi masa tu akan tiba..Taiping takkan lari..dia setia menanti anak rantaunye...Taiping Central tunggu aku balik....wargh....

Isnin, 25 April 2011

Hidup dengan Restu

~Indah sinar sang suria, merdu irama sang bayu..
tiada seindah wajah ku tiada semerdu suaraku berlagu~

Bangun pagi gosok gigi,cuci muka..hahaha awal owk aku bangun pagi nie..dengan ceria nyer aku berlagu senang hati sal apa pun aku tak tahu..bangun awal kot?cehh..klu tak kul sepuluh lom tentu nampak muka kat bilik air kan?? Pengetahuan untuk semua okey pagi nie aku ada paper..tu yg bangun awal..kalau tak same je bangun lewat..huhu "reject jadi menantu.." biar la bakal mak mentua aku nak cakap apa..jodoh tak kemana kan??huhu pandai kau Ain..karang kena reject sungguh baru tau..menangis tanpa lagu kot..hahaha
(gaya aku study..tulis banyak2 sambil hafal..)

lepas mandi aku terus bersiap walaupun sejam setengah ag papaer aku..ala korang nie bukan rajin la..aku nak review balik nota-nota yang aku dah wat la..malam tadi tak sempat baca hehehe...namun ada lak yang call.huh berdebar jantung aku bila nombor je naik dah la line johor..erm pucat muka aku kot time tu..bukan takot tapi terlalu rindu menanti kan...herm hampa kot bila dengar suara..tapi tetap ceria cz dah lama aku tak dengar khabar abang aku yang sorang nie..jauh bawak diri kot..mana tak nyer sejak dia kerja kat sempadan johor kami dah jarang berhubung..kalau dia balik pun aku takde kat kampung,so jarang la berjumpa..dekat 15 minit gak kami berbual..aku dah nak gerak pergi dewan..kami janji cuti nie nak kuar makan sesama..wawawa aku rindu saat tu..
Macam biasa la bila nak pergi exam aku akan call family..penting tau minta restu mama dan abah..mula-mula aku call mama aku tak jawab. aku call abah, malang nyer abah dah kuar dalam perjalanan ke pejabat tanah..ada urusan kata nyer..erm sampai bila la nak selesai...menitik air mata bila aku cakap kat abah yang aku ada exam..abah pesan buat elok-elok..dan sempat ag bertanya bila nak balik..erm abah nie tiap kali aku tipon tak de benda lain nak tanya..bila nak balik..aku tahu betapa abah rindukan aku...ye la anak dia yang selalu ceria bersama walaupun degil..huhu..anak abah..tu yang adik-adik jelous..huhu balik kampung pun abah amek.. I LOVE U, ABAH.. MUAKH...kalau dekat dah peluk cium dah..hehehe
(manja tak aku dengan abah tersayang)

Lepas call abah aku call mama semula..mana leh tak call..mama la yang selalu bagi semangat untuk aku jawab exam..walau guna ayat yang sama aku tetap dengar...biar la seratus lapan belas kali pun aku tak kisah..huhuhu..biasa la mak nie faham sikit perasaan anak-anak dia.. sebelum exam aku akan call.macam tu jugak selepas exam..bila mak dengar suara aku happy lepas exam aku dengar keluh lega mama macam anak dia lepas tahap kritikal dalam wad ICU tu..huhuhu..tu la mama aku..aku nie bukan manja tapi aku tenang bila dengar suara abah dan mama aku..macam jawab exam tadi tenang je dan alhamdulilah aku boleh jawab semua soalan yang di minta dengan tenang dan yakin..thanks abah dan mama..doakan Ain tadi..bagi restu untuk ain tadi..I LOVE U, MAMA..MUAKH..kalau dekat dah peluk cium dah..hehehe...


(ada iras muka mama tak aku nie??)

Lega aku selesai lagi satu paper..yang sebelum nie pun macam nie la aku akan talipon mama dan abah biar la diorang duduk dekat..aku tetap habiskan kredit untuk diorang..hehehe orang cakap restu mak abah penting dalam membuat sesuatu pekara..huhu..aku nie shari berpuluh kali kot telepon tanya berita kampung.walaupun sibuk aku tetap akan call..tak kira ar tengah makan pun aku tipon..naseb mandi je tak leh cz takot telepon kena air...
Lepas habis paper pagi tadi apa lagi, mencari kepuasan diri la..tido..penting cz aku tak cukup tido dua tiga hari nie karan tumpu pada study..sampai petang kot..huhuhu mentang-mentang la cuti-cuti malaysia..huhu...so takde la sapa nak gangu...bangun tu rasa lapar la pulak..erm turun makan kul 8..erm makan dekat kul 9.30 cz lepak blik kawan..lama dah aku tak lepak dengan kengkwan..so hari nie aku dah rasa puas..esok nak start study balik..

nota ringkas: kepuasan diri adalah penghargaan buat diri kerana telah letih tumpu pada benda yang dia tak suka..huhuhu...

Jumaat, 22 April 2011

Nurfirdausy Jangan Pernah Berubah

Coretan yang terakhir buat bulan percintaan Cinta Nurfirdausy.. yup genap sudah genap setahun..banyak suka dari duka..namun diakhirnya duka yang melanda..namun aku tak putus harapan menanti dia kembali.. walau diri ini sudah ada pengganti.. namun hati tetap menati.. kebahagiaan teragut sebentar...maafkan aku sayang....

(saat terindah besama dia)


Titisan air mata terus jatuh berderai..saat itu fikiran jauh melayang mengenangkan diri nya... erm walau di sekat, air mata terus merembes keluar.. terlalu dalam rindu aku padanya.. sampai bila harus begini.. aku yang nak macam nie..so jangan tanya sampai bila okey.. nie tanda aku masih sayang pada dia dan terlalu yakin yang dia akan mencari aku semula.. selama nie aku pendamkan je.. tapi sampai satu hari aku ter dengar :


biarkan waktu teruslah berputar
ku cintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan
cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
malah kini kau ucapkan selamat tinggal
membuat keresahan
meninggalkanku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaanku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau coba untuk berubah
tak relakan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau coba untuk berubah
ku relakan yang indah dalam hatinya.


ye, lirik lagu jangan pernah berubah dari st12..aku pohon agar dia dengar lagu nie dan teringat akan aku..pinta aku agar dia kembali dalm hidup aku seperti dahulu..


pesanan buat hati: sabarlah menanti kerana ada hikmah disebalik penantian..

Isnin, 18 April 2011

Adakah Ini Rindu Pada Dia

Terasa indah bila cinta telah bertemu..
Terasa syahdu bila hati telah bersatu..
Tak dapat ku mungkiri apa yang kurasakan,di saat-saat kita bersama..


Kelengkapan sudah siap tersedia..segalanya seba baru dan cantik..sanak saudara semua sudah ada menanti saat indah aku di ijabkabulkan dengan pasangan aku..rombongan pihak lelaki juga sudah tiba. Semua serba mewah dan bergaya.. aku mengintai di ruang pintu yang terbuka sedikit..segak bakal suami aku..namun khadi yang menjadi juru nikah belum sampai.terpaksa abah aku pergi menurutnya..setiba abah aku di ikuti oleh juru nikah kami pada hari itu.rombongn pengantin lelaki di suruh masuk kerumah. Bakal ibu mertua aku terus meluru kebilik aku sambil membuka dan memberi salam.salam aku sambut dengan tunduk malu..”comey menantu mama,tapi kenapa tak pakai selendang lagi”aku terus meraba tudung aku..owh lupa di mana selendang.aku bangun lalu menuju ke almari.selendang aku bergantung di balik pintu almari itu..”biar mama tolong pakaikan.”aku duduk semula di kerusi di hadapan cermin. Cermat ibu mertuaku memasang selendang.”terima kasih mama”aku memusing kapadanya lantas dahi ku dicium..aku mengambil posisi di penjuru katil kerana majlis pernikahan antara aku dan dia sudah hendak bermula..dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isterinya.aku memanjat kesyukuran kapada Allah.Sekarang tiba pula masanya untuk acara pembatalan air sembahyang..aku melihat suami aku melangkah masuk kebilik sambil diiring oleh rombongan pihak lelaki. Ibu mertuaku menghulur sebekas dulang telah dihias cantik berbunga-bunga.. setelah tangan kanan aku disentuh oleh suamiku dan selesai menyarungkan cincin ke jari manis, pandang aku kabur lalu aku rebah,pengsan.

Astafirullahalazim....mimpi rupanya...lantas aku membaca ayat2 suci alquran bagi menenangkan hati..namun aku masih terpikir lagi..mimpi sebegini sering bermain dalam tidur aku..bukan sekali dua namun acap kali...apa kah petandanya??



Mengalir air mata bila aku kenangkan..saat ini yang bermain di fikiran hanya Firdaus..ye dia sekarang dalam fikiran aku..tiap kali aku merindui diri pasti mimpi ini akan bertandang dalam tidurku.. semalam sebelum aku melelapkan mata aku menangis teringat akan dia.. bende nie tiba- tiba saje buat aku mengalir air mata. .terlalu rindu barangkali...

pesan hati: biar rindu itu berlalu..al-fatihah buat dirinya..semoga dia bahagia dan sentosa di mana dia berada..Ain sanggup diluka dan kecewa demi mu sahabatku..

Rabu, 13 April 2011

Hajat Ini Tercapai Jua

Minggu akhir kuliah memang sibuk nak hantar tugasan. Mana sempat nak luangkan masa untuk menaip sepatah dua kata..tipu la..menatap facebook boleh plak..huhuhu.. sekarang semua dah selesai dan lepas nie nak tumpu pada final pulak..eleh ye la tu kan? Dalam masa yang sama sempat ag buat benda-benda yang tak berfaedah..huhuhu apa la kau nie Ain.. antara benda yang aku buat ialah mengedit gambar( tgok la gambar aku edit..cantaik tak??). sebenarnya banyak ag benda aku nak buat..tapi aku serabut dok pikir sama ada nak amek PITA atau tak..alahai..klu ambil nak wat tentang apa..yang pasti aku berminat nak buat PITA. Ala bukan pita ukur tu..Projek Ilmiah Tahun Akhir la..apa yang pasti selesai minggu nie..huhuhu..doakan aku erk..

(gambar yang aku edit)

Sepanjang aku tak menaip nie tak de yang menarik pun..Cuma petang tadi je..hajat aku nak panjat pokok magga tepi jambatan kat belakang fpe tercapai..hahaha gila ganas nye pempuan..hikhik tapi aku suka..puas hati la aku petang tadi..klu tak sebelum nie duk tengok orang panjat je..pernah jugak masa sem lepas aku ikot keluarga membe aku g panjat duku dengan rambutan..best sangat –sangat tak sabar rasanya nak tungu musim buah..hehehe..boleh panjat pokok lagi..hahaboleh lah sambut cabaran Adrina hari tu..nak tengok sapa ag terror panjat pokok antara aku dengan Miya..wawawa..compem aku la..huhuhu bangganye..klu Miya tahu nie mest kutuk sakan..hehehe


(bukti aku boleh panjat pokok)

Selain daripada tu aku sibuk duk nak kemas barang. Tak sabar nak balik kampung...hehe jgn tanya pasal tiket dah beli ke belum..kali nie aku balik family aku mai amek..kengkawan jangan jeles erk..huhuhu..habis tahun je memang family aku datang amik cz aku sayang nak tinggal barang aku.. lagipun barang aku bukan banyak sangat muat la satu bonet kereta Pesona bapak aku tu.. aku tak suka sangat banyak-banyak barang..rimas dan malas nak simpan..serabut kot aku tengok kalau banyak-banyak..baju yang aku bawak duduk sini boleh kira lah berapa helai..hikhik..

Ok la nak kemas nota-nota aku plak esok dah nak start stady untuk final exam..huhuhu..
pesanan penaja: mcm betol2 je nak stady..huhuhu

Sabtu, 9 April 2011

Kecemburuan Itu Telah Berakhir

kali nie Nur Aininia nak menceritakan la sal apa dia tak tulis blog selama beberapa hari nie...huhuhu selain sibuk dengan asgment dan kerja-kerja tambahan dia juga sebenarnya tengah susah hati memandangkan adik kedua nya Nor Aizaeffa berada dirumah..cemburu la tu..hehehe tengok betapa akrabnya mereka..

Cik Ain dan Cik Efa sedang melanjutkan pelajaran di Terengganu. Tak sangka pula dua puteri teratas Encik Abdul Majid ini mendapat tempat belajar yang sama iaitu Cik Ain di Universiti Malaysia Terengganu dan Cik Efa di Kolej Teknologi Bestari..same2 di Negeri Terengganu..tapi tak lah selalu berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan tugasan masing..boleh dikatakan dalam sebulan sekali aje mereka berjumpa..
Cik Ain merupakan puteri sulung kepada Encik Abdul Majid, dia nie selalu la balik kampung kerana selalu dapat cuti tanpa diduga padahal wat cuti sendiri. Sebulan sekali mesti Cik Ain akan pulang berjumpa mama dan abah berserta adik2 tercinta.. hal ini membuatkan Cik Efa cemburu. Selalunya jika berada dikampung Cik Ain akan call dan cerita segala aktiviti dikampung..termasuk apa saje yang boleh membuatkan Cik Efa mengalir air mata untuk pulang kerumah juga..itu lah kerja Cik Ain kalau Cik Efa tidak pulang sekali. Ops, lupa Cik Efa memng jarang pulang kerumah kerana tugasan yang dipertanggungjawabkan terhadapnya amat besar..tambahan pula di tahun akhir. Memang pun Cik Efa memang sukar untuk mendapat cuti.kalau ada cuti sekali pun hanya lah paling lama 3 minggu berbanding Cik Ain yang mendapat cuti kadang2 berbulan- bulan.



Nak dijadikan cerita pada hujung minggu lepas Cik Efa telah dapat pulang kekampung setelah sekian lama hampir 3 bulan tidak pulang. Hal ini telah menimbulkan cemburu di hati Cik Ain yang telah bercadang untuk pulang tidak menjadi kerana kaki beliau sakit dan tidak boleh berjalan.. semasa dikampung Cik Efa jarang menghubungi Cik Ain sampai lah satu petang Cik Ain menghubungi abahnya.huh menangis la Cik Ain bila dapat tahu yang abah dia bawa Cik Efa pergi memancing udang yang merupakan kegemaran mereka kalau cuti-cuti. Herm terlalu lama sudah Cik Ain tidak mengikuti abahnya pergi memancing kerana faktor kesihatan. Tapi entah kenapa tetiba sebak melanda hatinya bila mendengar Cik Efa turun memancing udang..owh mungkin cemburu..namun segala nya telah berakhir kerana Cik Efa telah selamat pulang ke Terengganu mnyambung pelajaran beliau yang hanya tingal berapa bulan aje lagi nak habis..lepas nie kena campak kat mana pulak tak tahu la...huhu
Begitu la kedaanya jikalau salah seorang daripada mereka tidak pulang ke kampung. Ada saje yang akan di buat supaya dapat menimbulkan rasa cemburu dalam diri salah seorang dari mereka.. walau apa pun Cik Ain stay rapat dengan adik-adiknya. Setiap hari beliau akan menghubungi semua adik-adiknya dan abahnya..walaupun mereka tinggal satu bumbung..huhu ni la kerja Cik Ain untuk habiskan kredit telepon nye..sebab itu Cik Ain tak boleh terpisah jauh dengan keluarganya.. selalu sangat dipanggil anak manja oleh adik-adik nya..huhu

Pesanan penaja: hahaha bru la Cik Ain tahu betapa sedihnya perasaan Cik Efa bila Cik Ain sengaja menceritakan segala aktiviti Cik Ain..ala biasa la anak manja..hahahaha

Jumaat, 1 April 2011

Saat Terindah Bersama Mereka...

Kenangan lalu tak habis kami bualkan lagi...sampai bila agaknya ye.. aku dah nak gila duk gelak depan latop ja nie..guling2 atas katil...yang jadi mangsa bantal2 strawberry aku la... weh sampai kuaq ayaq mata kot... kalau la latop nie boleh bercakap agak2 nya la kan dia pun tumpang gelak gak kan...hehe gilak kau ain..terlalu tinggi khayalan.. lepas penat bergelak kutawa depan fecbuk...aku pun round ar folder yang ada dalam external hardisk aku.. semak harus ditebas...aku pun amek la cangkol dengan kapal korek untuk membersihkan semak yang ada..hahaha last guna tikus je..huhuhuhu..ketuk2 kepala tikus tu cerah ar folder hardisk aku...hahahaha ganas siot....
Sampai ar kat folder picture..aku just cut n paste picture yang aku aku dah tetapkan folder dia..sampai la kat folder Aizi Aziah..folder adik aku yg ke 4...aku dah khaskan folder untuk adik2 aku..gambar diorang je la..tak serabut sangat kepala otak aku nak tengok..ramai adik.. ada la tulis anugerah sksg..terkezut sebentar...wahwahwah...korang nak tau aku jumpa apa..hahahaha wajah2 kesayangan kami masa sekolah dulu...hahahaha terutama cikgu jismi.....



Korang ingat tak lagi cikgu nie weh..cubitan dia weh nangis weh...kalau tak siap karangan ka silap eja ker...adoiyai tahan la bahu untuk kena cubit..paling aku tak leh lupa la weh..Aziah siap wat karangan tentang cikgu nie..ha, sebenarnya masa tu Aziah tak buat pun karangan yang dia suruh buat cz duk menyambang dengan kita2 ar..alih dia kena pangil suh baca karangan dia kat depan apa lagi merapu ar dia wat ayat, lintang pukang..ayat paling aku tak leh lupa ar weh..”cikgu jismat pun memukul anaknya amirul”...karangan sal apa aku tak ingat tapi ayat nie aku ingat.. nie ayat last yg dia buat..dgn muka slamber dia sengeh kat cikgu jismi.. sampai sekarang nie aku tak tahu kenapa diorang pangil cikgu nie cikgu jismat...kerana dia smart kot.. ye la p kelas petang pun tetap menyemat..



Nie cikgu Osman..mengajar kami kemahiran hidup..masa darjah 6 dia ajar lukisan...tak banyak sangat kenangan lucu dengan cikgu..paling suka la masa wat kerja kemahiran hidup..potong papan..gosok guna kertas pasir..cikgu nie tegas dalam kelembutan..hehe dia jarang marah..kalau marah macam tak marah je..hehehehe..tu kami suka cikgu Osman..



Nie cikgu Yati mengajar kami muzik..suka sangat cz cikgu nie sporting..hehehe tapi sekali dia bertempek aduh..tutup telinga kami semua...selalu sibuk uruskan pusat sumber..mana taknya kejap je selerak balik pusat sumber nie...hehehe besa la bebudak suka berkunjung pusat sumber..hehehe... ingat lagi kami selalu pinjam buku bersiri penyiasatan, konon2 nak jadi penyiasat la.. sekarang nie kalau la ada buku2 macam tu lagi aku sanggup baca..



Nie cikgu saidi...terbaik ar mengajar kami bahasa ingeris..haram sampai la tergeliat lidah nak cakap English..lalala...paling aku ingat la cikgu saidi suka wat kelas tambahan, n aku dengan sue pernah ponteng kelas dia ..hahaha merayau p umah liya dengan azie..sedangkan diorang nie p kelas dah..hahaha nak masuk takot kena marah apa lagi lepak luar la dengan sue. Garang sangat cikgu saidi nie tu yang takot..hehehe..kenangan terindah waktu sambut birthday Aziah..cikgu saidi rasmi..lalalala...best kan time tu...
Aku tak de koleksi gambar2 cikgu yang pernak mengajar kami..yang nie pun aku terjumpa dalam folder adik aku..huhuhu..banyak ag cikgu yang best mengajar kami time tu antaranya cikgu Yati sains, ustazah mimi dengan cikgu azlan...nie yang aku ingat la..kalau ada lagi aku minta maaf cz lupa nyatakan..hehehe aku nie semakin hari semakin lupa...tah la sampai bila nak macam nie pun tak tahu.. yang aku ingat cikgu Yati sains pangil Aziah nora kalau..sebab dia suka sebut kalau2 time cikgu suruh hanta kerja..antaranya kalau tak siap, kalau tertinggal..banyak ag la kalau dia...hehehe..
pesanan penaja: maaf ye kalau pamerkan gambar cikgu2 kat sini..sebagai kenangan kami2 aje...jasa baik guru kami semua tak pernah kami lupa hingga hujung nyawa..berkat doa dan ilmu yang cikgu ajar kami berjaya mengharungi segala onak duri kehidupan ini...sayang cikgu...terima kasih atas ilmu yang telah cikgu curahkan..halalkan dunia akhirat....

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers