Blogger Templates

Isnin, 18 April 2011

Adakah Ini Rindu Pada Dia

Terasa indah bila cinta telah bertemu..
Terasa syahdu bila hati telah bersatu..
Tak dapat ku mungkiri apa yang kurasakan,di saat-saat kita bersama..


Kelengkapan sudah siap tersedia..segalanya seba baru dan cantik..sanak saudara semua sudah ada menanti saat indah aku di ijabkabulkan dengan pasangan aku..rombongan pihak lelaki juga sudah tiba. Semua serba mewah dan bergaya.. aku mengintai di ruang pintu yang terbuka sedikit..segak bakal suami aku..namun khadi yang menjadi juru nikah belum sampai.terpaksa abah aku pergi menurutnya..setiba abah aku di ikuti oleh juru nikah kami pada hari itu.rombongn pengantin lelaki di suruh masuk kerumah. Bakal ibu mertua aku terus meluru kebilik aku sambil membuka dan memberi salam.salam aku sambut dengan tunduk malu..”comey menantu mama,tapi kenapa tak pakai selendang lagi”aku terus meraba tudung aku..owh lupa di mana selendang.aku bangun lalu menuju ke almari.selendang aku bergantung di balik pintu almari itu..”biar mama tolong pakaikan.”aku duduk semula di kerusi di hadapan cermin. Cermat ibu mertuaku memasang selendang.”terima kasih mama”aku memusing kapadanya lantas dahi ku dicium..aku mengambil posisi di penjuru katil kerana majlis pernikahan antara aku dan dia sudah hendak bermula..dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi isterinya.aku memanjat kesyukuran kapada Allah.Sekarang tiba pula masanya untuk acara pembatalan air sembahyang..aku melihat suami aku melangkah masuk kebilik sambil diiring oleh rombongan pihak lelaki. Ibu mertuaku menghulur sebekas dulang telah dihias cantik berbunga-bunga.. setelah tangan kanan aku disentuh oleh suamiku dan selesai menyarungkan cincin ke jari manis, pandang aku kabur lalu aku rebah,pengsan.

Astafirullahalazim....mimpi rupanya...lantas aku membaca ayat2 suci alquran bagi menenangkan hati..namun aku masih terpikir lagi..mimpi sebegini sering bermain dalam tidur aku..bukan sekali dua namun acap kali...apa kah petandanya??



Mengalir air mata bila aku kenangkan..saat ini yang bermain di fikiran hanya Firdaus..ye dia sekarang dalam fikiran aku..tiap kali aku merindui diri pasti mimpi ini akan bertandang dalam tidurku.. semalam sebelum aku melelapkan mata aku menangis teringat akan dia.. bende nie tiba- tiba saje buat aku mengalir air mata. .terlalu rindu barangkali...

pesan hati: biar rindu itu berlalu..al-fatihah buat dirinya..semoga dia bahagia dan sentosa di mana dia berada..Ain sanggup diluka dan kecewa demi mu sahabatku..

0 ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers