Blogger Templates

Jumaat, 23 Disember 2011

Presentation oh Presentation....

Assalamualaikum...
sejak kebelakangan nie memang aku sibuk.. sebab banyak sangat presentatioan kena wat dan satu ag dah memang akhir semester sibuk dengan agsment..tak leh lari dah..tambahan pulak aku nie jenis suka wat keja sikit-sikit lama-lama siap la..nak tau bila siap??sah-sah la esok nak hantar hari nie baru siap..magik nyer student..hahahaha...ala korang pun mesti cam aku kan??

mata saya menyerlah tak???

kesihatan aku usah la korang tanya kalau akhir nie duk sakit kepala..semua nak kena hantar dalam masa satu minggu..pergh..tertekan kot...aku bukan leh tertekan..darah turun..sakit kepala pun menjadi la..tambah pula aku hilang banyak darah tempoh hari..aduh..korang nak tau gara-gara apa..teng..teng..teng..:


nie dia..coklat..aku dah lama tak makan coklat..tah macam ne aku leh sangkot nak beli hari tu pun aku tak tau..teringin kot..aku bedal je la...bukan satu tapi dua..hahahaha...


ala bukan pasal coklat la aku nak cerita.. aku nak cerita pasal presentation kerja kumpulan..aku rasa semester nie ar paling banyak aku kena bentang..so sedikit sebanyak memberi keyakinan dalam diri aku..best..hilang segala gugup aku..hehe.. kalau nak bentang nie mest ar kena buat persiapan..buat slide..buat report..buat note untuk bentang..aku pun heran note yg aku buat panjang bejela..tapi bile time aku bentang aku tak baca pun note tu..hahaha bantai cakap spontan je.. satu ag yang aku perasan aku tak leh cakap lama-lama aku semput..hehe penat kot..



presentation kelas bahasa budaya dan ekonomi...
cara pembentangan: forum bahasa
terima kasih buat semua ahli kumpulan 7..





presentation menteri-menteri pengubal dasar..hehehe..
kumpulan perancangan dan pembangunan ekonomi..
terima kasih sesangat untuk semua..
dayah, munyati, kasma, yus, kak asma, yo, pesal, epoi dan aizam....


ada banyak ag tapi takde berkesempatan nak amek gambar..hehehe...yang nie je yang rasa menarik untuk diambil buat kenangan..hehehe...apa-apa pun thanks untuk semua ahli kumpulan kerana memberi komitmen yang tinggi dan memberi kerjasama yang ain perlukan..korang the best...hehehe..

semangat nak balik kampung..
update terbaru selepas balik kampung dan pengakhir untuk tahun 2011...

Jumaat, 16 Disember 2011

Surat Untuk Awak


Assalamulaikum...

Kehadapan awak yang bakal melansungkan perkahwinan esok. Maafkan saya sebab tak dapat hadir kerana saya masih berada di kampus. Sedang berjuang untuk final exam. Apa-apa pun saya nak ucapkan selamat pengantin baru untuk awak dan bini awak. Dah nikahkan? Semoga bahagia sampai akhir hayat. Sebenarnya awak saya tulis surat nie sebab nak bagi tahu awak beberapa pekara..

saya nak minta maaf kalau ada silap salah sepanjang awak kenal saya . saya rasa happy sangat bila mama saya call bagi tau awak datang hantar kad jemputan kahwin. Mama saya cakap awak nak kahwin. Saya rasa macam tak percaya.rasa nak balik tengok sendiri kad kawen tu..hehehe..bukan apa tak caya je..hehe..serius saya happy sesangat..adoi tak tahu la nak bagitahu macam ne kat awak..akhirnya awak jumpa pengganti saya..ingat ag waktu awak merayu-rayu kat saya..awak cakap takde ganti dah saya..siap nak terjun dari feri pulau pinang kot..kalau saya tak nak terima awak dah hahaha.. Alhamdulillah tuhan temukan jodoh awak..nak kawen pun..hehehe

awak tahu sebab apa saya happy?? Sebab awak dah nak kawen, tekde dah la perangai gila awak tu lagi yang mengangu hidup saya. Sampai saya jadi fobia..kalau balik kampong saya memang tak berani kuar sorang-sorang. Takot jumpa awak..sebab awak selalu sekat saya kat jalan..siap merayu-rayu..saya malu tau..rasa nak langgar awak tapi tu la saya takot nanti sia-sia saya masuk jail..takmau..takmau.. paling lawak ar saya rasa awak ukir nama saya kat helmet awak..awak usung merata awak pegi..cam bodoh je.. bukan setakat kat taiping dengan kamunting..sampai peneng kot awak usung..aduh..satu ag awak tulis “ain terima aku kembali” kat belakang baju awak..dah la baju tu warna putih..awak pakai tak basuh-basuh sebab awak takot tulisan tu hilang..dari putih sampai kelabu taik anjing dah saya tengok baju tu..nak dekat dengan awak pun rasa adoi..jenuh tahan hidung kot..awak memang gila…

saya hargai cinta awak untuk saya tapi saya memang tak leh terima awak balik dalam hidup saya..tengok jodoh awak bukan dengan saya…dan paling tak boleh saya terima masa awak tunggu saya dekat stesen bas butterworth. Awak macam tahu saya naik bas dekat sana. Tah la apa nasib saya hari tu..tiket bas habis, terpaksa balik naik bas dekat sana..erm mungkin nak jumpa awak dan dimalukan oleh awak..tapi serius saya titiskan air mata bila lihat awak kena usir dengan pemandu bas tu gara-gara awak tarik tangan saya tak bagi saya naik bas..sedangkan bas nak jalan dah..erm dan itu kali terakhir saya lihat awak..rasanya dah dekat 6 bulan kot..hehehe..

jap je gila awak kat saya kan..tiga bulan awak diam tanpa miscall dengan mesej saya dah. Kalau tak bangun pagi je beratus-ratus miscal awak..mesej tu usah kira la berapa dan panjang memang berjela-jela la..kadang tu tak payah baca sebab dah tahu isi nye..mesej yang sama..minta saya kembali pada awak.. tapi dah tiga bulan takde semua tu..rasa macam rindu pulak bila bangun pagi nak ada mesej dan miscal awak tu..heran gak mula-mula dulu..tapi kuatkan hati supaya tak berhubung dengan awak..agar awak tak ingat saya dah..saya simpan ag mesej terakhir awak..”I love ain forever” ..hehee..

akhir kata, saya harap awak dapat setia dengan bini awak..sayang dia seperti mana awak sayang saya.bolehkan? bahagiakan dia, jangan sakitkan hati dia ye..saya tahu awak seorang yang romantik, penyayang, selalu buat saya rasa happy..so saya nak awak buat macam tu gak kat bini awak ye..maaf sebab tak dapat hadir..sapa suh buat esok..lain kali buat ar bulan depan..time saya cuti..hehe awak, kalau saya ada sana pun saya tak akan hadir seperti yang awak harapkan..saya tak nak awak wat gila pada hari awak kawen..naya saya nanti..tapi tu la teringin sangat nak tengok bini awak..cantik pada saya ker tak?sampai dalam masa yang singkat awak leh lupa saya..hehe.satu g nak jumpa dia nak peluk cium dia sebab dia terima awak seadanya..dan takde la buat saya fobia ag..hehehe..kim salam ye kat dia dan mak awak..cakap kat mak awak saya mintak maaf sebab tak jadi menantu kesayangan dia..hehehe

nie gambar kenangan yang masih ain simpan..izinkan ain simpan ye...

yang lega sesangat,

Ain Aininia

Rabu, 14 Disember 2011

Saya Sayang Awak Sorang Je...

Satu Jawapan, Beribu Harapan

perubahan pada diri ini..
membenci tidak sekali..
kemana hilang perasaan itu??
namun apa yang dapat aku simpulkan...
dia bukan milikku.....
kerana Allah telah jauhkan hatiku untuk dia.....
namun kenapa Allah kembalikan aku pada dia??
yang pernah menjadi penyeri hidupku kala dulu???
kalau aku ditentukan dengan dia..
satukan kami..lembutkan hati kami untuk menerima ketentuan..
tak saggup lagi berjauhan.. menyimpan rindu yang bertaut dihati..
aku rela bandar tasik selatan jadi penghubung...
antara cinta utara dan cinta selatan...
aku tersiksa sekian lama terpisah..
mungkin ini dugaan untuk kami..
dalam menempuh alam percintaan..
namun aku sesal atas sikap ku...
mempersia cinta mu..
namun izinkan kita kembali bersatu
menempuh segala suka duka kala dulu..
ya ALLAH, permudahkan urusan kami...
kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain..
beri kami kebahagiaan serta petunjuk ke jalan yang kau redhai..

hanya kau yang aku cinta, itu janjiku!!!!!!!
akan aku abadikan kau disini
CINTA
NURFIRDAUSY
AIN AININIA


Jumaat, 9 Disember 2011

Sweet Memories, Friends Forever

Assalamualikum dan salam sejahtera....
kali nie ain nak kongsi perasaan suka ain dengan korang..
kes mengidam makan kek je pun..bukan ada celebrate apa-apa..
tah jadi kegilaan tiga dara pingitan nie, Ain, Mun, Dayah..
tetiba nak makan kek..sebenarnya dah lama dah duk impi nak makan kek nie..
nak celebrate friendship kami la..apa la.. ain follow je la janji kami bertiga enjoy..
bincang punya berbincang..
akhirnya...

suprise...ne leh tunjuk kek awal-awal...

comey tak??
yang penting nama kami bertiga..
~MUN,AIN,DAYAH~
..friends forever..

MUN: huish pisau nie?tak sabar nak makan dah...

DAYAH: sayang nak makan la pulak kek nie....

AIN:nie la kek yang kami idam nak makan tu..hehehe

tiga dara pingitan....

tiup jangan tak tiup..biar sampai terbang kek tu..hehehe

wah..tak sabaq nak makan dah ye...

praktis suap kek..hehehe

alala..sopan nyer...

nak juga...........


tercapai la hajat nak makan kek..tapi rindu kek buat sendiri la pulak....hehehe
tak sabar nak balik kampung..leh wat kek bebanyak..hahaha
makan sampai kembung perut..huhuhu..
tu la bila dah pandai wat kek baru pandai nak komen kek orang buat sedap ke tak..hehehe..
love bebanyak kek moist chocolate...

Rabu, 7 Disember 2011

Kecewa Sesangat

Dugaan hidup mengajar aku untuk tabah menghadapinya..
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..yup aku yakin..aku terlepas yang tu aku dapat yang nie.. aku kecewa dengan yang ini namun aku gembira dengan yang itu..

sibuk study...hehehe..

tu la kalau orang tengok aku macam takde masalah..tapi tipulah..kerja aku betimbun, dengan masalah lagi aku jadi sawan tau..tapi sebagai seorang yang periang aku sentiasa gembira..namun ada masa aku fikir masalah...kini tiada lagi air mata..cuma serius aku rindu nak balik kampung..rindu kampung sesangat akan TETAPI...herm ada halangan lagi..aku malas pikir dan nak tumpu pada kerja aku dulu..tapi tak tahu nak bagi tau cam ne kat abah..takot abah terasa dengan aku sebab aku bagi harapan yang tinggi yang aku nak balik....hurm...mintak tolong mama kot..tapi nanti abah call tanya sendiri...


sekarang nie aku sibuk sesangat wat asgemnt.. betimbun..hahaha memang suka wat keja last minit..nak wat macam ne??dah tu hobi aku..hahaha mula semester je semangat tah hape..hape..dah dekat tarikh nak hantar baru terbeliak bijik mata nak siapkan jugak..hahahaha dah la aku malas nak update pepanjang..takde benda menarik nak kongsi...chowwwwwwwwwwww.......
p/s: bukan buat asgment ye..tido...huhuhuhu

Selasa, 29 November 2011

Berseorangan Membawa Diri

Sejak akhir-akhir nie terlalu banyak masalah yang melanda diri ini, lepas satu-satu dugaan datang melanda..kekuatan dalaman sangat diperlukan. namun aku tempuh dengan penuh kesabaran sampai aku rasa lega sekarang nie..aku kambali ceria..Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat illahi..

Membawa diri ke pantai agar aku mendapat ketenangan....

renungan yang bermakna..

Teman yang banyak membantu menceriakan hari-hariku...

Damai dan menenangkan jiwa...

Perjalanan yang jauh di tempat orang seorang diri sangat merunsingkan kepala dan serius aku takot..mana pernah jalan sorang-sorang di tempat yang aku tak biasa..kali nie ke Pasir Mas sorang diri..happy sangat dapat jumpa family yang boleh katakan setahun sekali nak jumpa..hehehe.. yang buat aku happy jumpa sepupu yang comey-comey..rindu Batrisya dengan Arissa..
mana ag comey??

Tiga beradik satu kereta..suka sangat..

muka bahagia..

Selamat pergi dan balik..bersyukur sesangat tiada masalah sepanjang perjalanan. walaupun letih tapi aku kesian kepada dua sahabat aku nie..berguling-guling bila dapat tahu aku makan KFC..so dengan rasa simpati aku tapaw juga untuk diorang..betapa aku sayang korang..hahahaha..

tengok la betapa banyak nyer..yang makan betiga je..hehehe

akhir kalam, setiap perjalanan hidup memberi aku pengajaran yang begitu bermakna.. kehidupan bak pantai di tempuh ombak..kehidupan yang panjang seperti perjalanan yang tidak pernah aku tempuh..pekara ini memberi semangat yang besar dalam hidup untuk menempuh segala dugaan..

Khamis, 24 November 2011

Harga Setitis Air Mata

Assalamualaikum...
kali ini ain muatkan ruangan dengan air mata. maaf la sebab ain rasa harga air mata tu biar murah janji harga hati yang mahal..jenis ain kalau dah titiskan air mata mesti reda segala kekusutan..tapi kejap je la..mau bengkak mata kalau nak hilang semua..hahaha..

Semingu dua nie aku asik berendam air mata, aku rasa tak tertanggung segala yang belaku.. bukan aku mengaku kalah tapi tah la banyak pekara yang membuat aku makan hati. Pelbagai pekara yang aku fikir, dari masalah peribadi sampai la ke masalah yang aku rasa sebasar alam.. pasal peribadi macam biasa la ada je masalah yang berlaku.aku ingat hidup single nie bahagiakan aku tapi serius aku cakap aku sunyi.. kekadang takde tempat aku nak luah perasaan..bercerita..tempat mengadu segala hal yang berlaku.. kalau nak cari ganti tu aku rasa masa tak sesuai lagi kerana ku nak tumpu belajar..setakat nie dah banyak kali cinta aku berakhir dengan air mata..so aku perlukan masa untuk aku kembalikan semangat yang ada.. dan aku yakin jalan yang aku pilih akan membahagiakan aku kelak..doakan aku..

Masalah dengan kengkawan takde sangat..biasa aku sentiasa bahagia bersama mereka.. dengan cara nie je aku dapat happykan diri dan lupa segala kekusutan yang melanda. Syukur sangat-sangat dapat kengkawan yang memahami..kadang kadang air mata mengalir gak..terlalu banyak gelak..hahaha.. bila tengok macam aku takde rasa apa je..tapi dalam hati bukan ribut siap dengan petir ag..hehehe thanks my beloved friends..

Yang buat aku serabut tahap apatah aku tak tahu nak cakap ye lah tugasan yang berlungguk bak gunung semanggol..tak la tinggi tapi kalau nak panjat..adoiyai, lelah..macam tu gak la tugasan aku..bukan banyak pun tapi dengan keadaan aku yang tak mengizinkan nie aku rasa berat sangat untuk aku selesaikan tugasan tu. Insyaallah dalam masa terdekat akan siap jugak..bak kata sikit-sikit akhir berhasil..hehehe..senyum tawar je la mampu aku berikan..
Selalunya aku la orang yang paling pantang ada cuti, mesti nak balik kampong..tapi kali nie aku rasa berat sangat untuk aku melangkah balik kampong. Bukan apa bila aku balik kampong beban aku makin bertambah..aku anak sulung..so pelbagai tanggungkawab terpaksa aku pikul..aku yakin aku mampu melaksanakan tanggungjawab tu sebab tu tuhan tetapkan aku sebagai anak sulung. Tapi tu la air mata nie mudah sangat nak jatuh bila melihat wajah kesayangan..aku tak tahu la tang mana silapnye sampai aku harus menitikkan air mata..betapa murahya air mata aku untuk orang-orang yang aku sayang. Rindu adik adik tapi aku rasa nie bukan masa untuk aku balik kampong. Akan membuat aku serabut je lagi kalau time nie aku balik kampong..so aku nak tenangkan diri dari semua masalah agar air mata nie berhenti mengalir..

Kembalikan dia dalam hidup aku..bukan pintu hati dia untuk terima aku..aku perlukan dia sekarang..kalau dia bukan milik aku biarkan dia lenyap..jangan datang walaupun dalam mimpi..bukan aku tak rela tapi itu menyakitkan aku.. kaya kanhati murahkan air mata menahan rasa sakit…ketabahan sangat diperlukan…

P/S: takde gambar sebab takde mood nak buh gambar..hehehe..

Jumaat, 18 November 2011

Seminggu Bercuti

Assalamualaikum… sekian lama tidak bertapak di ruangan cinta Nur Firdausy nie..rasanya hampir sebulan jugak la.. kalau bilik yang di tinggal mau bersawang dan berhabuk..hehehe.. kini ain kembali untuk menyerikan ruangan ini..seseri tuan punya ruangan..hahaha..

anak minang bermain batu,
bermain batu di pohon pinang,
tiada udang sebalik batu,
cuma menyambut rombongan meminang…

Kisah bermula dengan percutian pertengahan semester..punya sibuk la dengan aktiviti dekat U, ain sampai lupa nak beli tiket nak balik kampung untuk raya haji..bila dah dekat tarikh baru gelabah bewak la mencari tiket.. nasib ada kawan yang baik hati..dia belikan tu pun dah 4 ari bulan..dah lewat sehari dah..dekat kampung pun dah habis tiket..terpaksa beli kat peneng…tu pun paksu beli kan.. erm..dah naseb badan hahaha…. Kalau tidak tak merasa la jalan kat peneng.. sampai kampung pagi sabtu..orang duk sibuk duk buat persiapan raya, ain bantai tido..letih sesangat macam ain yang driver bas je kan?? Tapi family pun paham kalau balik umah tu la keja ain bantai tido sampai tangahari..hahaha pecah rahsia.. eh kalau korang kat tempat ain pun korang akan wat benda yang sama tah lebih ag..hahaha..tapi tak sampai ngah hari sebab terkejut mesej kakak sepupu masuk..mana tak nyer dia cakap dia balik raya sebab paklong meninggal.. dengan mamun aku jadi gelabah tahap tenuk la..bangun terus cari mama ain dekat dapur tengah bakar kuih.. mama wat slamber je..pelik aih..paklong meninggal sorang pun tak tahu ke.. tanya la mama dia tahu dak lagi berita nie? Rupanya paklong belah abah sepupu.. mama tak leh nak p sebab abah dah pegi sungai… petng baru abah balik..huhu..petang tu tolong mama buat ketupat palas.. malam g shopping dekat tesco..korang tahu menu hari raya semua tak menjadi..nk buat laksa, ikan takde..nak buat tomyam, ayam takde..nak buat sup, kena tunggu daging korban..hehehe..masalah tul la kat tesco tu..barang banyak habis... so kata putus buat ketupat dengan nasik himpit je..berlaukkan rendang lokan dengan kuah kacang..

Hari raya, pagi-pagi lagi dah ada lawak antara adik beradik..hehehe..mana tak nyer adik aisya la pelakon utama..hehehe..masa abah usik faizah adik aisya menyebelahi kak ngah dia..bila abah cakap nak cekik kakngah dia si aisya tumbuk abah.. bila abah tanya sapa sokong abah, kami semua setuju sokong abah kecuali adik aisya.. dah tu dia geram dia gigit abah..heheh ain ada rakan vedio nie..tapi malas nak upload..kakngah tak pakai tudung.. dah tu time kami semua bermaafan sesama sendiri..aisya buat hal lagi..masa dia salam minta maaf dengan abah mama tengur dia jangan buat macam tadi lagi..pang penampar singgah kat bahu abah..hehehe padahal baru minta maaf je dengan abah..adik aisya..adik aisya…

Pagi raya tu hujan sikit jadi bebudak pun tak rapa ramai mai umah..masa orang tangah solat hari raya tu memang takde orang datang la sebab hujan agak lebat..adik aisya datang dekat ain tengah duk bubuh kuih dalam bekas dia tanya “kak Yong, raya tak jadi ker??”..dengan selamber abang fahmie dia jawab pospon tahun depan.. bukan sekali dua dia duk mai tanya..berpuluh kali dekat semua kakak dia dia tanya..aisya..aisya..pengaruh cerita dia nie..tapi lepas orang solat dekat masjid..mula la tugas aku yang tak henti-henti sampai ke malam melayan tetamu..tapi kali nie siap p shopping dekat econsave ag..mana taknye juadah kehabisan.. balik tu ain kena jadi bidan terjun untuk masak..aduh berat-berat… ramai sedara yang datang..tapi ain happy sangat..still dapat duit raya walaupun kali nie tak banyak..

bukti aku g shoping hari raya dengan dua orang kecik nie..macam-macam ragam tau..hehehe

orang ramai duk mai diorang nie lepak dalam bilik tengok hantu bonceng... hampir runtuh katil aku..ramai kot yang duk bertenggek..

Raya kedua, sibuk di rumah sepupu ain belah abah pulak..hehehe..nie la yang ain kata beseri..sepupu ain betunang..so tumpang sekaki la..besa la kaki gambar..pantang tengok cantik apa lagi bergambar la.. hehe.. ain dengan sepupu belah abah tak la berapa rapat sangat..tapi bila jumpa tu boleh la bermesra..tapi yang suka yer kengkawan yang ain kenal masa sekolah tu ada time sepupu ain tu betungang..tnya-tanya bakal menantu pak jang, yang sorang ag menantu adik pak jang..huhuhu keciknya dunia..satu ag yang wat ain teruja.. nama sepupu ain dekat dengan nama kawan ain..sebelum nie tak pernah tahu..duk panggil kak eyla je..rupa-rupa nama dia muliayatie..nama kawan ain pulak Munyati. Dekat kan..hehehe..



fanorama semasa majlis pertunangan...

nak tumpang juga lah..hehehe.. ambil berkat kata orang...

nak same kan muka diorang???nama pun sepupu...

Lepas tu lepak umah la sebab ain tak rapa sihat..hehe.. aduh boring tau time duk kampung tak sihat, dah la jarang balik kampung.. balik umah nenek ain kejap..dah tu sibuk buat kek untuk adik azie dia nak buat jamuan dekat sekolah. Tah la rasa apa kek tu..ain tak rasa pun..pakai buat dan hias je..bila dia balik sekolah tanya la apa rasa kek tu..risau gak..ain mana penah buat kek.. dia cakap berebut sebab sedap..lega rasa..tapi dalam hati bangga kot..hahaha..dah tu buat kek coklat untuk bawa balik dekat kengkawan kat U..habis lincin adik-adik makan..bukan rezeki diorang la tu..hehehe..

Sebelum balik, jiran depan umah betunang..kawan rapat gak..dah anggap family dia macam family sendiri dah.. kami memang rapat.. tapi jodoh dia sampai dulu dari aku dengan kakak dia..hehe mana tak nyer kami duk belajar ag..hehehe.. aku ada wat sebekas hantaran untuk dia.. aku pegi anta petang jumaat, ada la tolong jugak kupas nenas dengan potong petai…pagi sabtu tu aku tak pergi sebab sibuk kemas barang nak balik U. dekat pukul 12 aku pun pegi la umah dia..tengok dia besiap..banyak gak aku amek gambar..hehehe..lewat gak la aku balik tunggu sampai majlis selesai.. p aku naik moto balik aku naik kereta..hehe..

sapa yang betunang nie???comey-comey semua nyer..


malam besiap balik peneng..dekat peneng paksu tunggu sampai aku naik bas….hehehe geram dengan adik balqis..baru raya tadi je dia rapat dengan aku..bila dua tiga hari tak jumpa dia dah tak mau dekat aku..haish tu yang buat aku selalu merindui balqis, aqil, tasya, aisya…dak dak nie selalu jadi mangsa usik aku..bukan diorang je..ramai ag dak-dak kecik yang aku usik..aku suka la dengan budak-budak.. tapi bila dah aku usik dua tiga kali diorang dah rapat dengan aku..hehehe..

antara budak yang selalu aku usik..mula-mula dulu menangis tak mau dekat aku..sekarang nie ha..sampai atas riba duk amek gambar..hehehe..

Akhir kalam, Bila la nak bersara dari jadi model kamera nie…berapa kali dah kena tegur…hhuhuhu..hobi la… mana leh berenti mengejut..tapi aku dalam usaha untuk berhenti bergambar..bila perlu je aku akan amek gambar.. penangan putus cinta..hahaha korang jangan terkejut..banyak benda aku buat bila aku dah single nie..antara nya nak naikkan berat badan..hehe malas dengar nurse dekat hospital taiping tu bising..hahah, nak buang tabiat amek gambar sendiri..huhu..mama aku cakap nanti hilang seri..hehe..

Nota: korang tahu sebab aku aku lama tak update blog??aku kat kampung line berukben nie laju lagi siput babi jalan..hahah tu aku tak update..bila balik U ingat nak update..netbook pulak buat hal..hahah..ada lattop yang okey gatai nak netbook..konon senang nak bawak..last sakitkan kepala aku je..nasib nie dah okey..dapat la aku guna…dekat seminggu gak ar..huhhhu..

Banyak gambar tak dapat nak upload kerana internet lambap sangat..huhuhu...sorry....

Khamis, 3 November 2011

Ucapan Dengan Sekeping Gambar

Assalamualaikum...
salam aidiladha buat semua...
tak lama je lagi kita nak sambut hari raya korban ka??? ain pun tak balik kampung lagi..malam nie baru balik..kalau dah balik kampung nun..macam macam aktiviti la kan..persiapan nak raya..kalau lepas raya sibuk nak kunjung saudara mara..besa la kalau dah lama tak balik... hehe sebenarnya nak bagitau yang rumah ain tu takde wifi so payah la nak online.. guna broadband pun line dia laju ag kura-kura belari..heheh..so dah ada kesempatan nie ain rasa nak ucap awal-awal la kat pengikut blog CINTA NURFIRDAUSY nie...


perjalanan pulang ke kampung bermula lepas jumaat..saje nak kuar awal sebab nak cari barang-barang yang di pesan..kalu ada le.. kalau sempat nak jumpa kawan adik jap..mintak-mintak la sempat..lama dah tak jumpa dia..leh gak dia teman sampai aku naik bas..hope perjalanan malam nie selamat sampai kedestinasinya.. hati nie tak sabar-sabar nak balik kampung dah..nak jumpa mama and abah..rindu sangat-sangat.. tapi hati rasa berat je nak balik..hehehe nak kata tinggal orang tesayang, tak mungkin..dia pun balik kampung kot..hehehe..dah selamat sampai rasanya..hehehe...kengkawan saje nak jelouskan aku...sabar je la..dari semangat nak balik terus tak de..jelous dengan diorang..huhuhu..tak pe la..semalam dia dah buat aku rasa bahagia sesangat.. walaupun kejap aku rasa bahagia tu lama..hehehe..
dah tak mau cite lebih-lebih nanti aku gila sorang-sorang kat sini..hehehe dayah dengan munyati..siap la korang nanti..kenapa bagitau aku benda nie..hehehe..apa-apa pun jom kita enjoy nak sambut raya korban..lembu, kambing, kerbau semua dah pucat muka-muka..ayam pun turut terasa tau.. tu belum lokan, kerang siput segala bagai la yang turut terkorban pada hari raya nanti..hehehe.

nota untuk semua: Selamat hari raya aidiladha...jaga keselamatan diri dan keluarga serta harta benda..pandu selamat boleh makan daging korban..hehe.. tahun nie ain wat korban..korban hati..heheh auch, terlepas sudah..hehe

"oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih"
(hadis riwayat al tarmizi)

Rabu, 2 November 2011

Mengulit Kenangan Dalam Kebosanan

Assalamualaikum...
Hari nie aku boring sesangat..tak tahu nak buat apa..pagi je ada kelas.. lepas sarapan dengan kengkawan, aku balik bilik..mula-mula baca la buku sikit..nak tunjuk rajin..lastly buku tu baca aku..hehehe besa la baca buku inggeris.. bahasa buah apple aku panggil..hehe teringin nak makan buah apple la pulak..mana nak cari nie wei... malas nak keluar pegi bandar la... lama jugak aku tidor.. dekat 3 jam.. pada hal nak tido kejap je..siap kunci jam segala bagai.. bila alarm bunyi aku matikan..dah tu sambung tido lagi.. hehehe macam tu aku kalu tak de kerja..
Dah puas tido aku bangun..mengadap lattop pulak..hikhik.. mula-mula buat la assigment..baru dua tiga patah ayat aku taip.. aku mula kehilangan idea..kepala otak aku merawang jauh..fikir apa tah..jiwa pulak kosong..herm..bukak fesbuk.. layan fesbuk punya pasal habis baju aku yang dah kering basah balik timpa dek hujan.. hujan turun mengejut, aku pun terkejut. apa lagi lari lintang pukang la p angkat kain dekat jemuran..sempat gak la basah.. herm buat aku bengang je..hehe.. boring dah layan fesbuk aku wat keja baru lak...
proses hardisk. susun dokumen kat dalam tu ikot folder. masa duk susun aku saje chek gambar lama-lama.. rindu sesangat bila tengok gambar seseorang nie..satu folder aku buat khas untuk dia..termasuk gambar yang aku edit..gila kan aku..hehehe aku ingat nak upload gambar dia dengan aku tapi tak mau la.. malu..hikhik.. buat kenangan je.. dia ada tegur aku kat fesbuk baru nie setelah sekian lama menyepi..hehehe.. hati aku time tu berbunga-bunga kot..rindu sangat-sangat kat dia.. hope dapat jumpa dia bila aku balik kampung nanti..
benda-benda nie aku jumpa masa aku tengah duk usya-usya gambar lama-lama..

salah satu gambar yang aku edit untuk dia..siapa dengan madah cinta lagi..
jiwang jugak aku nie ye...

gambar teddy aku...rindu kot sebab dah lama tak peluk teddy..hehehe takkan aku nak usung semua mai sini kan? lori angkot sawit pak aku pun tak muat kalau macam tu..hehehe semua teddy aku nie ada kenangan.. besa la aku nie banyak bejalan, pantang nampak cantik mesti nak beli..huhu payah tau kalau shopping dengan aku..apa aku bekenan aku mesti nak..tapi tengok gak la pada keadaan kewangan aku.. satu ag aku akan beli benda yang tak ada lagi.. kalau dah ada buat apa aku nak bazir duit aku.. tapi aku nie pantang jumpa barang-barang yang ada rupa dengan strawberry.. kasut, baju, cadar, bantal semua aku beli buat koleksi..yang aku tengoah duk cari payung dengan selimut.. nanti aku jumpa jugak..hehehe..

comey kan??

erm tak leh kata apa dah,Ratu kamera...
nie gaya aku satu hari dekat one utama..
tengok betapa aku gila gambar..

aku pandai bermadah cinta...hakhak..gelak guling-guling...

aku rasa terlalu istimewa..teddy bear ada kat aku dan spongebob tu ada kat kawan aku...
aku ingat ag kat mata spongebob tu aku tulis nama dia dengan aku..romantik gila aku masa dulu..hehehe..tapi sekarang tinggal kenangan je lagi..dia pun dah nak kawin..aku doakan dia bahagia..aku yang nak macam nie..hehehe so aku kena la redha..dan dia bukan jodoh aku.. kenangan bersama dia akan tersemat indah di sudut hati.. seteruk mana dia lukakan hati aku dia tetap teman yang terbaik.. dengan dia jugak la aku belajar erti kehidupan yang penuh mencabar..
Sambil susun dokumen dalam folder kat hardisk..layan lagu jiwang la..bagi feel sikit..hehehe.. mood petang nie nak dengar lagu kumpulan DATA je.. lagu paling aku suka mengulit kenangan..
" bukan ku mengungkit kisah lama, sekadar mengulit kenangan"
tu la kerja aku petang hari nie..malam nie ada kelas pulak.. so aku rasa aku dapat hilangkan rasa boring aku dengan buat benda-benda nie.. aku pun tak la layan sangat perasaan sedih aku nie.. perasaan yang menggangu ketenteraman aku... argh bila la nak habis kisah duka dalam hidup aku nie??? boring kot dah tak de teman dan orang untuk aku luahkan perasaan boring aku nie..aku hanya menanti yang tak pasti je..huhuhuhu..kuat berangan la aku nie kan??
lastly, aku nak siap p kelas dah...nanti lambat tak dapat pulak selempang emas..hehehe berangan lagi.... aku rindu Firdaus, Rusli, Taufik, kerana diorang penah bagi aku semangat dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar dan memahami diri ini..orang cakap kalau kita rindu kat orang tu, diorang pun rindu kita kan??harap-harap macam tu la.. baru je pas tengok gambar-gambar diorang..hehehe semoga segala kekecewaan terbalas dengan kegembiraan..

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kalau Dah Niat

Assalamualaikum...
aku rasa cam nak kongsi sesuatu je dengan korang... erm puas aku fikir apa aku nak kongsi.. sepanjang jalan balik dari Pasir Mas, aku tersenyum sorang-sorang kat belakang.. bukan aku gile ker apa cuma melihat aksi kawan aku dua orang yang duduk kat depan..maksud aku driver dengan penumpang sebelah dia la...maafkan aku ye kawan..hehehe..terbayang 5 tahun akan datang..kalau diorang kahwin dan akan balik kampung time raya ker, cuti ker..mesti cam nie kan? senyum lagi.. mana tak nyer bila kereta gerak agak laju sikit, dah jerit suh slow.. driver pun slow.. dah lama sikit laju plak..jerit ag... aku suka sorang-sorang la.. sampai driver tu cakap gini la kat aku "ain, kalau keja kat KL esok nie, mau 3 hari baru sampai umah kalu slow macam nie.."aku gelak je la..hehehe tak dapat bayangkan..hehehe
okey, sebenarnya bukan sal diorang aku nak citer, aku nak cita sal aku yang mula-mula tak jadi nak balik kelantan..tetiba hari khamis tu ada sorang member nak balik..gatal mulut p cakap nak ikot..so dia pun kata okey..apa lagi pagi jumaat pakat kemas beg ikot balik Pasir Mas..heuw... niat nak pergi kena p jugak..so aku dah p!!!!! senang nya dalam hati...hehehe.. sekarang aku dah balik untuksambung belajar..semangat nak belajar masih berbukit-bukit..bila nak teroka tah la..hahaha..semangat je labih.. k la nak buat keja skit...
nota kaki: maaf la mood nak amek gambar dah takde..aku sendiri tak tahu kenapa..huhuhu...maaf la ye..kali nie takde gambar...

Rabu, 26 Oktober 2011

Bila Hati Aku Terluka

Assalamulaikum..
Ruangan Aku Yang Sedang Kecewa
banyak benda aku nak isi kat dalam ruangan nie.. sekarang nie mood aku dalam kecewa..aku terluka.. mudah untuk aku jatuh cinta, mudah juga aku di kecewakan... so kisah aku pun mesti la mengenai kecewa... aku kecewa sasangat.. tak dapat aku ucap dengan kata-kata hanya air mata yang mampu mengucapkan nya.. aku sendiri tak pasti macam ne aku boleh kecewa..sedangkan aku sendiri dah bahagia dengan hidup aku.. tak ada yang gangu aku..tak ada yang nak control aku..tapi tu la hanya yang memahami je dapat rasa aku amacam ne... mungkin cara dia buat aku terasa... andai dia bagitahu aku dengan cara yang elok mungkin aku dapat terima...

Hari nie dah masuk hari ke-4 air mata mengalir kala aku bersendirian... terlalu perit untuk aku tanggung.. bila aku dengan kengkawan aku happy je.. tak teringat langsung pada apa yang berlaku.. bila sendirian aku teringat balik time bersama dia... time tu la buat air mata aku mengalir.. Air mata yang mengalir bagai dapat mengubat segala duka yang aku tanggung.. lega rasanya bila air mata tu mngalir... jiwa aku tertekan sesangat bila aku ingat pada dia.. pelbagai persoalan muncul dalam kotak fikiran aku nie... kenapa? mengapa? bagaimana? dan sebagainya lah...tak mampu untuk aku menjawab segala yang timbul.. bila dah tak terjawab semua soalan yang timbul aku mula menangis.. terlalu perit....

Ini bukan lah kali pertama aku terluka dan bukan kali pertama aku mengalirkan air mata. selama nie aku hanya pendam sahaja kisah duka aku..tapi kali nie aku dah tak mampu untuk pendamkan.. sudah terlalu banyak air mata yang aku bazirkan kerana insan bernama LELAKI... patut tak aku katakan yang pintu hati aku dah tertutup untuk terima lelaki dalam hidup aku??? aku rasa tak..sebab aku nie jenis mudah jatuh cinta.. namun insan yang bertahta di hati tetap berada dihati aku... CINTA NUR FIRDAUSY.... walau aku terluka denganya namun cinta tak pernah pudar untuk dia... sekarang nie aku rasa baik aku diam je...kalau aku rasa perlu mengalirkan air mata aku menangis... kalau nie yang dapat buat aku rasa lega....

Aku akan layan lagu yang jiwang dan mampu buat aku mengalirkan air mata bila aku rasa tertekan.. contohnya lagu sayap terluka dari panji...berulang kali aku dengar lagu nie..dan setiap kali tu jugak lah aku mengalirkan air mata..tah la aku rasa lirik lagu nie menyusuk ke dalam kalbu aku... tak caya jom hayati lirik lagu nie:

Dalam keributan hembusan beliung
Terbanglah aku sang camar hina
Mencari singgahan andainya kau sudi
Menghampar kasih di pantai hati

Dah lama ku puja kini jadi nyata
Sayang hanya untuk seketika
Sayap ku terluka ditimpa bencana
Akhirnya diri aku sendiri yang sengsara

Ku tahu diri ini bagai menggapai bintang di langit
Tersingkir jatuh tiada pernah kau peduli
Rapuhnya cinta kita patah terkulai di ranting hampa
Pedih terluka tiada siapa yang endahkan

Biar derita biar sengsara aku rela
Menjadi mangsamu
Akanku simpan di nurani ini kenangan antara kita
( hingga akhir nanti oh... )

Kini kan tinggal cinta dan kasihku
Umpama pungguk merindu bulan
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini
Biarpun harus ku tunggu seribu tahun lagi

nota kaki: semoga aku tabah menghadapi segala dugaan dalam bercinta dan bertemu dengan insan yang betul-betul membahagiakan aku.. aku tak mahu terluka lagi.. cukup ini yang terakhir.. kembalilah wahai cinta yang kekal ke firdausy dalam hidup ini..

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers