Blogger Templates

Jumaat, 4 Oktober 2013

Tampil dengan Jawapan

Assalamualaikum semua....

sekian lama tak mencoretkan sesuatu di laman kasih ini bukan kerana tiada benda menarik yang berlaku untuk dikongsikan.. tapi terlalu sibuk dengan aktiviti sendiri sehingga ruangan ini diabaikan begitu sahaja.. maafkan Cik Ain ye.. laman nie Ain selalu jenguk tapi sekadar tatapan mata mengimbau kenangan bersama.. untuk menaip kisah terbaru tu tak tergerak hati mungkin..hehehe..


Tergerak untuk mencoretkan sesuatu di ruangan ini yang telah lama di tinggalkan.. coretan berkisar episod cinta yang kian mekar mewangi di taman hati.. orang cakap darah manis banyak dugaan.. Alhamdulillah bagi Ain dalam saat macam nie Ain rasa lebih bahagia dan tenang..hampir lengkap kehidupan Ain.. dugaan menggoyangkan hubungan tu sentiasa ada.. syaitan mana boleh tengok manusia tenang dan bahagia..dah tugas dia untuk menyesatkan manusia.. (mohon jangan terasa la ye kepada yang terlibat).. Ain berpikiran positif dan segala dugaan tu membuatkan ain lebih bahagia dengan Encik Nunang sekarang nie.. dah nak dekat kahwin pun..tinggal berapa bulan je lagi..semoga dipemudahkan segala urusan..amin..

Persoalan demi Persoalan

lepas bertunang ramai yang tertanya tanya dan khabar angin pun bertiup ikot skala..biasa la manusia tak boleh tutup mulut dari terus berkata kata.. ada sahaja yang direka cerita bagi menguatkan lagi tiupan angin.. namun Ain masih boleh tersenyum dan mengumpul kekuatan untuk menjawab segala persoalan..

antara persoalan yang sering diajukan..

1. belajar tinggi tapi kenapa pilih orang biasa?
2. ramai kenapa tak pilih kerja tetap, makan gaji besar?
3. masa belajar awat tak cari yang sama belajar?
4. tunang dia belikan la kot?
5. hantaran tinggi tu nampak mewah...


Jawapan Ain:

1. Ain tak pandang rupa, harta, pangkat dan kedudukan..yang ain pandang dia boleh bahagiakan ain dan terima ain seadanya. insyallah rezeki tuhan sentiasa ada untuk hambanya.. selagi niat kita ada dijalan yang betol Allah sentiasa membantu..
2. tetap atau makan gaji besar tak menjamin masa depan pun kalau kita sendiri tak mencorak masa depan kita dengan jalan yang betol.. asik pandang kemewahan tokey balak pun bankrap..hahaha..
3. Soalan paling hot la jugak yang nie..abah selalu pesan "kak, nak belajar buat cara nak belajar, nak kawen bagi taw.. abah sanggup gadai tanah untuk hampa semua belajar.." pesanan nie ain abadikan dalam kehidupan ain selama begelar pelajar jadi memang takde masa la nak pilih jodoh.. sekadar berkawan tu ada..tipu sangat la kalau Ain kata takde kan..hehehe.. 
4. rezeki ain lepas kemalangan la katakan.. Ain beli kereta pun bukan guna duit hantaran k..bukan Encik Nunang kasi ye.. kumpul adik beradik sorang sikit.. adik beradik kena sepakat baru boleh rasa hidup senang..tolong sorang sikit.. kami memang sepakat..sorang susah semua susah..sorang senang semua kena senang.. dari kecik abah dah latih kitorang macam tu so bagi Ain takde hal pun sebab susah senang darah daging kita jugak.. 
5. biar papa asal bergaya..hehehe ada dua ringgit dalam poket pun boleh keluar taiping lagi..bak kata adik Ain..hehee.. memang ain tiap minggu keluar.. tak lekat dekat rumah.. dah time tu je boleh keluar jalan jalan tu pun adik adik ikot sama.. hantaran kawen tak sampai 10k pun..yang buat cerita 25k la..12k tu sila beri perhatian ye.. hantaran tinggi lepas kawen makan pasir..hehehe  tak nak lah macam tu.. satu lagi tak nak la berhutang sana sini semata -mata kerana nak nampak grand masa kawen.. cukup sederhana nampak meriah...

sekian...


Pilihan Ain Kehidupan Ain

 Ain yakin apa yang berlaku ada hikmah jadi terima dengan redha dah la ye..
tak perlu nak mereka cerita yang entah betol atau tidak.. nanti kena batang hidung sendiri baru tahu..hehe.. selalunya bila kita cerita keburukan orang kita dapat balik benda tu..betol tak? kalau betol angkat mouse..hehehe..

Maafkan ain kalau coretan kali nie jiwa sikit.. pendam dah lama..kali nie baru terluah..hehehe berat rasa nak tanggung..hehee..abadikan kat sini senang nanti bila tengok balik boleh rasa betapa kuatnya tamparan kehidupan nie agar menjadi pedoman masa akan datang..

Semoga dipermudahkan segala urusan...








Khamis, 1 Ogos 2013

Jawapan yang Dinanti

Assalamualaikum....

bersua kembali diruangan Cinta Nur Firdausy...ternanti nanti masa yang sesuai untuk mencoretkan jawapan kepada entri yang lepas...persiapan demi persiapan akhirnya.....

Tunang Orang

Sebenarnya dah lama  merancang untuk melansungkan majlis pertunangan tapi tah la apa yang merasuk diri untuk merahsiakan dahulu segala persiapan pun Cik Ain tak tahu la... banyak pekara yang perlu di selesaikan terlebih dahulu kot...

tanggal 12 mei 2013 / 12.05.2013 adalah tarikh yang sangat unik bagi Cik Ain..bukan pilihan sendiri taw tarikh tu..pilihan birthday girl.. Cik Effa..tapi bila pikir balik tarikh tu cantik sangat..hehe pikir sendiri kenapa Cik Ain cakap  macam tu..hehehe..

persiapan dah lama Cik Ain buat..ada kot dalam sebulan..yang utama Cik Ain ikuti kursus kawen...hahaha..lepas tu baru pikir nak betunang..Alhamdullilah direstui keluarga kerana percintaan kami tak lama..ada la dalam 8 bulan macam tu.. ain tak yakin gak pada mula tu sebab terlalu awal..tapi melihat kesungguhan En. tunang yang betul betul serius dengan Cik Ain akhirnya keluarga kami bertemu untuk berbincang..maka tetap lah hari untuk majlis pertunangan...

Kalau nak ikot cerita setahun tak selesai..dengan itu Cik Ain kongsi bersama suasana pada majlis yang simple tapi meriah..Alhamdullah...

selesai acara sarung cincin..

sempat bergambar bersama bakal ibu mertua selepas sesi sarung cincin..



bersama En. Tunang

sempat lagi buat mesyuarat ringkas..hehehe

sedikit sebanyak gambar yang dapat Cik Ain kongsikan bersama.. rombongan pihak lelaki ada kot dalam 11 buah kereta. memang penuh halaman la..hehe.. rombongan sampai pun orang tengah ramai jadi nampak begitu meriah sekali. hantaran pihak lelaki 23 dibalas 25 bagi pihak Cik Ain.. ramai tetamu yang datang menghulurkan hantaran bersama jadi terima kasih lah buat yang sudi memberi..

Cik Ain nak ucapkan terima kasih buat mereka yang terlibat semasa majlis pertunangan Cik Ain secara lansung atau secara tidak lansung terutama kepada ahli keluarga belah abah dan mama, rakan-rakan, angota Jabatan Pertahanan Awan (sediakan khemah) dan semua tetamu yang hadir..

Insyallah Majlis perkahwinan akan menyusul kemudian...
doakan yang terbaik untuk kami..


~SEKIAN~

Cik Ain mohon maaf kerana terlewat untuk mengupdate belog nie sebab cik ain sibuk selepas majlis bertunang, rezeki mencurah-curah..panggilan interview dan Cik Ain dah pun berkerja.. oleh itu masa untuk membelong pun dah tak ada...heheh tapi masa untuk En tunang masih ada..hehe.. nie nak update kisah yang terkini pun dah jadi lapuk..bila nak bersua lagi pun Cik Ain tak pasti la ye...hehehe



Ahad, 7 April 2013

RINDU YANG TERPENDAM

Assalamualaikum...

hahahahaha..dan hahahaha...
Budak comey kembali lagi di ruangan yang telah lama ditinggalkan...heehehehe..
comey ker???hikhikhik...
comey ke tak comey mesti ada yang rindu kan?? 
Ha..cepat mengaku, tak payah nak senyum sorang- sorang k..
Cik Ain tahu la sebab dah lama tak mencoret sesuatu kat ruangan nie..

 RINDU

Rindu sangat nak coretkan sesuatu kat ruangan nie..tapi tak berkesempatan..hehehe...

Antara sebab-sebabnya:

Mengikuti kursus GCAP

tumpuan memeng untuk kursus je..kalau dapat online pun just bukak fesbuk..hahaa nak tgok perkrmbngan terbaru la katakan..ermm...kursus nie selama sebulan..start bulan dua habis bulan tiga macam tu..banyak benda yang Cik Ain belajar dekat sana..
  1. dapat tambah pengetahuan tentang diri, keadaan sekeliling dan sebagainya.
  2. dapat meningkatkan keyakinan diri, nilai diri dan kelebihan diri
  3. belajar tentang pemikiran..(big thinking)
  4. yang penting improve my english..heehhe (full english ye) mana Cik Ain tak tergeliat lidah..hehe
  5. bersedia untuk menempuh alam pekerjaan...
Insyallah ada rezeki Cik Ain disini untuk dapat kerja..tak sabar nak tamatkan zaman penganguran..hahah..nak kumpul duit untuk projek sendiri..insyaallah akan menjadi kenyataan segala yang diimpikan.. yang penting usaha tumpu jaya (pinjam slogan sekolah jap)hehehe..
 
Persiapan

betol ker apa yang Cik Ain buat nie??? Cik Ain sendiri pun masih tak percaya..hehehe..teruskan je la benda baik..harap segalanya akan terus baik..
 banyak sangat dah yang tanya:
"bila lagi..kengkawan sume dah banyak lepas.."
"umur dah meningkat, takkan takde lagi kot?"
"tengok dia dah ada anak hg bila lagi?"
Cik Ain bila??

adoiiiiiiiii....malas nyer nak jawab...

skip dulu boleh tak???
hehehehe...

pening sangat duk pikir tu yang takde mood nak menaip sesuatu diruangan nie..
boleh terima tak alasan Cik Ain nie?
hahahaha...

jumpa lagi diruangan akan datang..
wish me luck for the interview k..

akhir kalam, 
~SALAM SEJAHTERA UNTUK SEMUA~



Rabu, 6 Februari 2013

Aku Kembali


Assalamualaikum…

Selamat bertemu kembali dalam ruangan cinta nur firdausy di lembaran baru iaitu tahun baru..cik ain menyusun sepuluh jari mohon ampun sebab dah lama tak coretkan sesuatu dalam ruangan ini.. al maklum lah dalam sesi mencari kerja lagi…sibuk ke hulu dan ke hilir..sampai ada yang kata dah bersawang dah ruangan nie..ye ker tidak??hehehe.. 

Pertama sekali, Jannuari  merupakan bulan yang paling Ain nantikan..nak tahu sebab apa..sebab kalau tak de bulan pertama mana nak ada bulan kedua, ketiga dan seterusnya..hehehe..masuk je tahun baru umur Ain pun dah meningkat..18 Januari merupakan hari lahir Ain.. walaupun sambutan tak seberapa tapi ain happy sangat.. sepanjang umur sekarang kenangan sambut birthday yang ke 22 paling ain ingat..nak tahu sebab apa??sebab best la..hehehe..takde tepung dengan telur ye..tapi suasana tu yang akan ain kenang sampai bila-bila..tak sangka di perdaya sebegitu rupa..hehehe..apa-apa pun  Terima kasih buat kengkawan yang terlibat dalam sambutan tersebut… 


Tahun nie Cuma simple..takde kek pun..tapi akan ingat gak ar sebab sambut dengan insan yang sayang Ain.. ain siap wat permintaan nak makan roti tisu..tak mau kek..hehehe..akhirnya dapat.. harap tahun depan dapat sambut berdua lagi..dan seterusnya..hehehe..terima kasih buat kengkawan yang turut meraikan nya..siap belanja karaoke lagi..hehehe..

TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG WISH BIRTHDAY DEKAT AIN AININIA…

Kedua, kehidupan yang penuh dengan aktiviti..macam-macam benda yang dilakukan..sebagai seorang wanita, pokok bunga merupakan satu kegemaran.. so banyak jugak poko bunga yang dah di tanam dan menunggu hasil nye lagi..hehehe..berbunga la cepat ye..tak sabar nak tengok..hehehe..merayap tu tak payah cerita la ye..merata dah sampai..merempit je kalau ada masa..hehehe..sampai orang yang sayang ain tu geleng kepala dengan perangai ain..tapi tu yang comey..hehehe…  ain jugak ada join beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh Pertahanan Awam..balik asal la pulak..hehehe..harap- harap kesihatan terus mengizinkan..hehehe.. sementara belum ada kerja tetap…doakan ain dapat kerja awal ye… dah tak larat nak merayap nie..hehehe..satu ag dah malas nak dengar mama membebel pasal KAWEN..hehehe..

akhir kata, kalau ada kesempatan, ada yang mesej, call atau cakap dekat ain ruangan nie dah berhabuk atau bersawang ain akan update la ye..hehehhe.. malas sikit sebenarnya sekarang nie..hehehe..

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers