Blogger Templates

Rabu, 9 Mei 2012

Buah Tangan Dari Terengganu dan Perak

Assalamulaikum semua..
Maaf la sebab lama tak terjah kat sini dan coretkan sesuatu yang berharga buat tatapan kengkawan semua..berharga ker??(kalau berharga jap g p beli coklat ye hehehe)..kesibukan tu takjuga la sebab ain balik kampung..faham-faham je la kalau ain berada di kampung..segala pokok yang ada dia nak panjat..cari line internet..hahaha...lima hari di kampung, hari terakhir je dapat on9 kejap..tu pun tengah hari..line okey sikit..hehe kesian kan? tu la duduk lari pendalaman.. pendalaman tu la memberi ketenangan yang luar biasa..hahahaha...aiceh promote kampung la pulak..hikhik..."kampungku syurgaku.." hambek kau siap ada trademark lagi...

 tiga dara pingitan..nie dalam dewan tengah dengar forum antarabangsa...kami betiga nie memang suka posing kalau ada kesempatan...hehehe..mana tak nyer ratu kamera ada kat tengah tu..hakhakhak.. baling dengan selipar gak budak ain nie kan??hehehe..

Masih bertapak di Terengganu.... 
dalam segmen jalan-jalan cari ketenangan


 yes, habis juga makananku...

 nie gambar masa kami kuar dating dengan sapa itu rahsia..hahaha...malam tu kami sebenarnya ada diner course..tapi tak dpat join sebab ada hal lain..jadi kami kuar makan dekat pulau duyung..makan steamboat..sedap sangat..40 ringgit untuk 4 orang..berbaloi-baloi kau..makan sampai tak habis..hehehe..

 kuala Ibai...nie nak cari data tapi apa yang kami dapat angin petang yang menenangkan jiwa..hehehe siap main pasir lagi.. aktiviti kami sebenrnya di masjid terapung tapi yang di cari tak jumpa jadi terjah la ke kawasan pantai pula...hehehe

 kalau cakap ain g london percaya tak??cantikkan bunga nie..terasa macam duduk luar negara bila tengok gambar nie..hehehe kelas kau..macam Malaysia tak ada kan??? Malaysia dah maju kot... nie kat Tuala Terengganu je..Taman Shah Bandar..time nie nak balik kampung..memandangkan awal lagi untuk menuju ke station bas..kami berhendi untuk amek gambar kat sini..ye ker amek gambar???hehehe..

selamat sampai perak my hometown..

 seminggu sebelum balik cik faizah ada post kat fesbuk ain tentang diorang dah rasmi makan buah nangka madu berbuah sulung.. jadi semangat nak bailik semakin berkobar-kobar kerana ada satu ag buah nangka yang tak masak..namun dalam ramalan akan masak dalam tempoh terdekat...adik-adik dan abah memang suka menyakat dan bagi ain jelous..hehehe berjaya juga ain makan buah nangka nie sebab hari ain balik dia masak..hehehe.. manis sangat..sedap lak tu.. abah dah pesan jangan makan banyak-banyak..tapi ain kan budak degil..mana tak nyer nak makan nangka madu abah tanam nie dah tunggu bertahun..jadi bila dah makan memang tak beringat la..akhirnya ain sakit kepala..hehehe.. sendiri tanggung la..hahaha..

 dalam bilik pengatin bersama azwa, miya, sue dan ziera...

 ~merpati dua sejoli~

 majlis perkahwinan puan Miya dengan encik Azmi. tak sangka dapat jumpa kengkawan semua..walaupun tak ramai tapi cukup untuk meruntuhkan pelamin Puan Miya..hahaha..ada kot dalam 17 orang rakan-rakan yang datang...happy sangat dapat jumpa diorang.. kalau tak susah nak kumpul macam nie.. lepas nie turn sapa la pulak kan..kengkawan dah tanya-tanya..ain sendiri pun duk tanya-tanya jugak...ye la umur dah meningkat..kengkawan semua dah nak menuju ke alam rumah tangga..yang ain nie masih terkontang kanting mencari belum bertemu...chop!!! kan dah janji malas fikir....apa-apapun selamat pengantin baru buat Miya dan Azmi..best sangat majlis korang..

 tak sangka nak datang ban pecah kali ini..selalu datang dengan family je..kali nie datang dengan kengkawan.. tak rancang pun..last minit punya keputusan..hehee..apa-apa pun happy sangat-sangat sebab jarang dapat lepak dengan kengkawan macam nie.. terlalu happy sampai demam sebab kena angin petang dan lihat sinar mata hari yang menikam mata sampai migrain menyerang..hehehe...nak balik terengganu hari ahad terpaksa balik hari isnin..hehehe..naseb badan...


sampai Terengganu bersiap untuk mengikuti trip ke kedah..jadual dah penuh sampai penghujung minggu exam...tunggu buah tangan dari kedah pulak ye...

0 ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers