Blogger Templates

Ahad, 17 Jun 2012

Kerana Seorang Lelaki

Assalamualaikum.....
sejak akhir-akhir nie, rasa nak update blog semakin membuak-buak sebab rasanyer banyak benda nak Ain abadikan disini. kali nie Ain nak story satu kisah yang Ain rasa dah lapuk dan berabuk sebab bila nak update blog je mesti ingat tugasan yang masih bersisa..jadi sekarang nie dapat la Ain luangkan masa sebab tugasan dah selesai...fuhhhh..nafas lega..hehehehe.. Ain mula satu bab satu bab ye..macam cikgu nak ajar murid tentang sejarah la pulak...serius rindu zaman belajar sejarah...hehehe... 

Lucu Nyer bila Rindu

Kali nie nak citer pasal kerinduan yang membuatkan kami semua terasa...bermula dengan abah, mama, Ain sendiri, adik-adik dan saudara mara terdekat..semua terasa kehilangannya..hilang penyeri hidup.. opsss....lupa lak nak intro..mesti korang tertanya-tanyakan.. rindu sapa?
baiklah, adik Ain yang lelaki tu telah pergi mengikuti latihan tentera darat di Gemas, Negeri Sembilan.. sebelum nie ain penah story kan tentang ain ikot dia pergi temuduga di Ipoh tempoh hari..Alhamdulilah dia dapat temuduga yang kedua dan seterunya..semoga rezeki dia disana terus ada dan dikurniakan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran..sebagai seorang kakak ain bangga dapat adik macam dia dan sentiasa doakan yang terbaik untuk adik-adik Ain.


cerita bermula dari abang (ain bahasakan dia mcm nie ye sebab memang ain panggil dia abang) dapat temuduga kedua, mama selalu call cerita pasal perkembangan tentang pekara nie.. akhirnya abang dapat tawaran untuk mengikuti latihan di Gemas.. mama time tu sehari mau dua tiga kali call sebab nak suh tolong uruskan pasal abang..korang tengok la sebagai anak sulung, walaupun berada jauh dari keluarga, tetap diperlukan dalam melakukan sesuatu.. kes nyer pasal tiket keretapi habis..abang terpaksa p kL sentral awal.. dah la kena awal tak tahu nak tumpang umah sapa.. nak tumpang umah sepupu diorang tak tahu nak hubingi macam ne..dalam seminggu tu banyak juga la kredit telepon Ain habis..tapi untuk family ain tak pernah kesah..sampai la abang selamat sampai di sana dan menumpang di rumah abang long..kami still boleh berhubung..sayang nyer dia tak boleh bawak henset..okey fine..last ain cakap dengan abang petang sebelum esoknyer dia pergi..ada la kot dalam dua minggu dah tak dengar suara dia..
 
( seyes windu ngat-ngat time nie )

Okey abang dah selamat.. yang tinggal Ain dan keluarga yang saban hari akan bertanya "abang ada call tak" tu soalan yang telah menjadi kesemestian bila antara kami berbual di telefon.. belum sampai seminggu abang pergi dah macam macam andaian dan kemungkinan dibuat tentang abang.. okey bermula dari Ain, ain cuma teringat-ingat je sebab ain dengan dia boleh kat kan hari-hari la mesej..(minta top up) hehehe...tapi tahu la keadaan dia yang tak boleh bawa henset so okey la.. berbual pulak dengan adik yang ke empat tu..dia cakap orang kat umah dah tertanya-tanya pasal abang..siap buat andaian bukan-bukan bila gambar abang bergantung dinding bilik dia jatuh..itulah adik-adik aku...bila ada pakat duk cari gaduh la apa la..bila tak de tau korang teringat dan rindu segala bagai kan???



 keakraban adik beradik

 mama pulak ada cakap abah pun duk tanya abang ada call ke tak..abah sampai telefon ke henset abang..tapi abangkan tak bawa telefon..dia tinggal telefon dia dekat abang long.(sekarang ada dekat kak idah) pada hal dah tahu yang dia tak bawa henset..abah..abah..mama cakap abah dah tekde semangat nak wat keja sebab abang takde...ye la apa- apa abang yang buat bersama abah..gaduh, baik gaduh..macam kawan je abang dengan abah tu..hehehe..rindu la saat abah bertengkar dengan abang dalam menentukan sesuatu...hehehe..aku tak tahu la macam ne keadaan nyer dekat kampung sekarang nie kerana aku belum balik kampung..last aku jumpa abang masa aku balik masa kawan aku kawen... semoga abang balik raya nanti..hehehe..tengok-tengok aku yang tak balik..hahaha balik umah mak mertua..hehe..

(rindu nak makan ABC dengan abang)
 
Okey, tu pasal family yang sering bertanya pasal abang...masa ain online fesbuk abang ada benda ain buat kat fesbuk abang tu paksu chat tanya keadaan abang..hahaha..paksu pun ingat kat abang ye..tu paksu, kak idah pulak story masa dia call suami dia suh on je telepon abang tu..mana tahu kot-kot abah telefon...hahaha.. tau-tau je kan abah nak telefon..hahaha macam-macam ragam bila abang pergi menyepikan diri...bukan abang tak pernah berjauhan dengan kami tapi kali nie terasa sangat sebab abang pergi tak bawa telepon..payah la nak hubungi dia....sebab tu ramai yang rindu kat dia..sebab payah nak hubungi dia...hehehe..kalau tak korang tak rindukan???gaduh ada la..rimas kadang-kadang tu sebab banyak sangat yang mengadu tentang dia..ain kan orang yang rapat dengan dia...so ain la jadi mangsa...hehe

Ain pun sebenarnya rindu nak dengar dia mengusik..kadang-kadang sampai menangis-nagis kena usik dengan dia...sekarang nie tengok vedio-vedio dia mengusik adik-adik je kalau rindu kat dia..hehee...
apa-apa pun ain doakan yeng terbaik untuk abang..kami tahu abang pun rindu kami...mama ada bagi tahu abang ada telefon umah seminggu selepas dia pergi..tapi tak leh sembang lama sebab dia guna telefon kawan dia..janji lepas rindu abah dan mama dekat anak teruna dorang yang sorang tu..ops..ada sorang ag..hehehe..

akhirkata..selamat hari bapa kepada abah tercinta..sayang abah sangat-sangat..abah the best dalam hidup akak..hanya abah.. i love abah dan mama..dua insan yang sangat bermakna dalam hidup ain..

Isnin, 4 Jun 2012

Tak Mungkin Kembali

Assalamualaikum...

"sesuatu yang telah berubah tak mungkin kembali kepada asalnya kerana bila kita ubah sesuatu tu kita akan hilang sesuatu yang asalnya"

 

Bersua lagi kita, kali nie Ain nak cerita tentang perubahan Pantai Tok Jembal.sebab baru melawat pantai.hehehe..pantai nie belakang Universiti Ain je.. mula-mula datang dulu teruja sangat sebab ada pantai..U lain ada ker? so leh ar bangga-bangga dengan kengkawan..hahaha... kalau rasa tertekan ke, runsing ke, penat ke, puas duk bilik ker, apa-apa ker mesti nak datang pantai, amek angin petang..lepas tu main-main air dengan pasir..pasti best...tapi sekarang nie dah berubah...pantai tak macam dulu lagi dah.. dah tak boleh nak main pasir lagi..main lari lari bila ombak datang..owwwhhhh sweet nyer time tu...erm... jom tengok kenapa dah tak dapat lagi buat semua tu..

Pantai Tok Jembal pada tahun 2009 
(time tu Ain baru masuk Universiti Malaysia Terengganu)
jarak gigi air dengan pantai boleh main bola la Ain cakap..hehehe..boleh main ombak..
"Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran
Kau lari aku mengejar
Di antara deru rindu... kita berdua"
...
 "Manis-manisnya senyummu
Semanis asmara kita
Ikan laut pun menari
Nyiur dipantai bernyanyi
Sungguh asyiknya"
(cukup sekadar lagu yang mengatakan keindahan pantai)
 


 Gambar tak cantik sebab henset cikai je time nie yang ain guna..hehehe..pe pun janji ada kenangan tentang pantai Tok Jembal nie..hehehe..

 siap leh lending-lending lagi...sambil tengok panorama pengunjung yang datang...time nie memang ramai la orang yang datang..

 Juruukur pantai..time nie Alep datang..pantai dah terhakis sikit tapi tak la ketara sangat..stay boleh lepak-lepak atas pasir..

 Pantai Tok Jembal pada tahun 2011 
Sudah terhakis teruk akibat musim tengkujuh yang mana ombak sedang mangganas..ombak sekarang nie tak menyanyi lagu rindu dah sebab ngah nyanyi lagu putus cinta..hahaha..tu dia mengganas sampai habis semua dia nak telan..bukan baham ye..haha (pinjam ayat member jap)

 Perigi air tawar musnah dibawa ombak...


dah hanyut, bumbung pun dah hilang..

 pondok turut menyanyi lagu rebah sebab hanya tunggu masa je lagi..

 jalan dah terputus..

 teruk kan? time nie kami wat jelajah pantai, so nie dah penat la bejalan jauh melihat pantai yang kian lenyap..

 Musnah akibat ombak yang terlalu kuat pada musim tengkujuh yang lalu...

Pantai Tok Jembal pada hari ini (2012)
Baru lepas melawat petang tadi lepas habis first paper... sejak mula semester nie ain tak jenguk-jenguk ag pantai nie selain lalu dekat jalan n buat kajian dekat kawasan perumahan... jadi hari ini dapat la menyaksikan secara life apa dah jadi dengan pantai yang berubah 100%. dari pantai pasir bertukar jadi pantai batu.. serius tak rasa nikmat pantai dah...tak de ombak yang hempas pantai lagi...hempas batu je..tak best..tak best..tak best...herm..



 pengunjung pun dah tak ramai..

pemandangan pantai sekarang nie, dilitupi batu-batu kasar seperti tembok..
 

 berdiri diatas batu..kalau dulu di atas butiran pasir...

 Gambar nie Ain tak edit sebab dah cantik la pemandangan nya..nak tunjuk yang real.. yang biru gelap belakang tu sebab kawasan pulau redang tu dah hujan...nice sesangat...

Sekian tentang perubahan pantai yang berlaku sejak hampir tiga tahun Ain berada di Terengganu..
melalui kajian yang telah ain buat tentang hakisan pantai nie adalah berpunca daripada ombak yang kuat pada musim tengkujuh dan pembinaan sambungan landasan kapal terbang.
oleh itu pihak Jabatan Pengairan dan Saliran  (JPS) mengambil tindakkan dengan membuat tembok batu bagi menghalang hakisan dari terus berlaku dan memusnahkan kawasan pantai dan petempatan nelayan.

"Bila kita ubah sesuatu benda yang asal kita akan terima kesannya"
fikir-fikirkan lah...renung-renungkan lah...
~setiap yang berlaku tu ada makna yang tersirat~


Sabtu, 2 Jun 2012

Menghitung Saki Baki Disini


"hingga akhir nanti ku hargai semua ini..yang terindah yang tercipta dalam hidupku"

Assalamulaikum...

sekian lama tidak mencoretkan sesuatu.. terlalu banyak yang terpaksa di uruskan sebelum menghadapi peeriksaan akhir tahun...macam sebelum nie tak pernah kan? tapi ini lain..nie final yang betul betol final.bukan tipu -tipu..betol - betul punyer.. semakin dekat masanya semakin ain tak faham dengan perubahan yang berlaku pada diri.. okey, fine, sebelum exam selalunya balik kampung jumpa family..tapi kali nie..urm..erm..sedar tak sedar esok lusa dah nak exam..keja ada lagi yang tak siap so jangan berangan atau mimpi balik kampung ye.. pasrah..apa pun terjadi berjuang untuk kali terakhir begelar pelajar Universiti Malaysia Terengganu.. nie baru di sini..belum pasal praktikal lagi..hadoiyai... berpinar-pinar kepala otak memikirkanya...
Pasal tempat nak praktikal dah selesai..yang tinggal cuma tempat nak tinggal je..puas dah cari rumah.. sampai deman-deman la katakan..tak tahu nak meluahkan kepada siapa yang faham dah..sebab:
Mama: tu la, kat Taiping kan dekat..berulang macam Ngah..
ain: erm..
My Mr.: kalau dekat sini kan senang duduk dengan saya je..
ain: erm..jauh..
 Bukan nak tolong selesai..peningkan kepala ag ada la.. apa-apa pun perlu tabah dan kuat menghadapi segala dugaan dan cabaran..nie yang ain nak..so tangung la sendiri.. tinggal berapa hari je lagi nak melangkah pergi..rumah tak jumpa lagi..

Masa pun begerak begitu pantas.. namun setiap detik yang kami lalui kami akan rakamkan sebagai kenangan bersama.. rasa nak jelajah pusing pagar UMT nie nak peluk cium bangunan yang ada sebelum tinggalkan..ye la nanti bila lagi nak datang.. mesti nanti teringat kembali kenangan yang ada di UMT.. ye la tiga tahun kot duduk kat sini macam-macam suka duka kami alami..jatuh bangun bersama..aduh, sedihnyer la..rasa macam baru semalam je kami berdaftar..owh, tidak percaya ain dah nak habis belajar...dalam hati kadang kala melompat sampai syiling, sebab dah nak habis belajar bebas dari segala yang terbeban..hehehe.. lepas nie praktikal..keja..keja.. sebenarnya tak sabar nak habis study nie sebab tak sabar nak jumpa seseorang yang ain rindu selalu..sentiasa ada dalam ingtan, depan henfon n latop, sebab dah lama tak jumpa..see..


kadang kala terasa sayu juga, sebab tak tahu hala tuju lepas nie, dugaan semasa kerja,(cece, macam dapat kerja je..insyallah ada..) kahwin ker..erm..mesti lagi berat dugaan nak tempuh semua-semua nie..tu la kadang tu sedih bila memikirnya.. sedih nak berpisah dengan kengkawan..walau kita terpisah kita still boleh berhubung..dunia dah moden, canggih mangih dah..hahaha.. cuma nak jumpa kengkawan macam diorang nie mungkin sukar.. ye la nama pun tempat baru..segalanya baru..huhuhu..


Esok lusa dah nak exam..doakan yang terbaik untuk ain dan kengkawan..ain mohon maaf seandainya ada tersalah silap dengan semua..mungkin tertekan dengan segala yang ain hadapi membuat ain terasa perubahan yang melanda diri ain..apa pun ain masih ada kekuatan untuk menempuhinya..berdoa pada Allah banyak.. Dia saja dapat membantu..Insyallah..
tinggal beberapa hari je lagi ain menetap di bumi terengganu..semoga semuanya berjalan lancar...semoga kebahagian yang ain temu di akhir-akhir saki baki hari di sini..
Insyallah..

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers