Blogger Templates

Isnin, 4 Jun 2012

Tak Mungkin Kembali

Assalamualaikum...

"sesuatu yang telah berubah tak mungkin kembali kepada asalnya kerana bila kita ubah sesuatu tu kita akan hilang sesuatu yang asalnya"

 

Bersua lagi kita, kali nie Ain nak cerita tentang perubahan Pantai Tok Jembal.sebab baru melawat pantai.hehehe..pantai nie belakang Universiti Ain je.. mula-mula datang dulu teruja sangat sebab ada pantai..U lain ada ker? so leh ar bangga-bangga dengan kengkawan..hahaha... kalau rasa tertekan ke, runsing ke, penat ke, puas duk bilik ker, apa-apa ker mesti nak datang pantai, amek angin petang..lepas tu main-main air dengan pasir..pasti best...tapi sekarang nie dah berubah...pantai tak macam dulu lagi dah.. dah tak boleh nak main pasir lagi..main lari lari bila ombak datang..owwwhhhh sweet nyer time tu...erm... jom tengok kenapa dah tak dapat lagi buat semua tu..

Pantai Tok Jembal pada tahun 2009 
(time tu Ain baru masuk Universiti Malaysia Terengganu)
jarak gigi air dengan pantai boleh main bola la Ain cakap..hehehe..boleh main ombak..
"Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran
Kau lari aku mengejar
Di antara deru rindu... kita berdua"
...
 "Manis-manisnya senyummu
Semanis asmara kita
Ikan laut pun menari
Nyiur dipantai bernyanyi
Sungguh asyiknya"
(cukup sekadar lagu yang mengatakan keindahan pantai)
 


 Gambar tak cantik sebab henset cikai je time nie yang ain guna..hehehe..pe pun janji ada kenangan tentang pantai Tok Jembal nie..hehehe..

 siap leh lending-lending lagi...sambil tengok panorama pengunjung yang datang...time nie memang ramai la orang yang datang..

 Juruukur pantai..time nie Alep datang..pantai dah terhakis sikit tapi tak la ketara sangat..stay boleh lepak-lepak atas pasir..

 Pantai Tok Jembal pada tahun 2011 
Sudah terhakis teruk akibat musim tengkujuh yang mana ombak sedang mangganas..ombak sekarang nie tak menyanyi lagu rindu dah sebab ngah nyanyi lagu putus cinta..hahaha..tu dia mengganas sampai habis semua dia nak telan..bukan baham ye..haha (pinjam ayat member jap)

 Perigi air tawar musnah dibawa ombak...


dah hanyut, bumbung pun dah hilang..

 pondok turut menyanyi lagu rebah sebab hanya tunggu masa je lagi..

 jalan dah terputus..

 teruk kan? time nie kami wat jelajah pantai, so nie dah penat la bejalan jauh melihat pantai yang kian lenyap..

 Musnah akibat ombak yang terlalu kuat pada musim tengkujuh yang lalu...

Pantai Tok Jembal pada hari ini (2012)
Baru lepas melawat petang tadi lepas habis first paper... sejak mula semester nie ain tak jenguk-jenguk ag pantai nie selain lalu dekat jalan n buat kajian dekat kawasan perumahan... jadi hari ini dapat la menyaksikan secara life apa dah jadi dengan pantai yang berubah 100%. dari pantai pasir bertukar jadi pantai batu.. serius tak rasa nikmat pantai dah...tak de ombak yang hempas pantai lagi...hempas batu je..tak best..tak best..tak best...herm..



 pengunjung pun dah tak ramai..

pemandangan pantai sekarang nie, dilitupi batu-batu kasar seperti tembok..
 

 berdiri diatas batu..kalau dulu di atas butiran pasir...

 Gambar nie Ain tak edit sebab dah cantik la pemandangan nya..nak tunjuk yang real.. yang biru gelap belakang tu sebab kawasan pulau redang tu dah hujan...nice sesangat...

Sekian tentang perubahan pantai yang berlaku sejak hampir tiga tahun Ain berada di Terengganu..
melalui kajian yang telah ain buat tentang hakisan pantai nie adalah berpunca daripada ombak yang kuat pada musim tengkujuh dan pembinaan sambungan landasan kapal terbang.
oleh itu pihak Jabatan Pengairan dan Saliran  (JPS) mengambil tindakkan dengan membuat tembok batu bagi menghalang hakisan dari terus berlaku dan memusnahkan kawasan pantai dan petempatan nelayan.

"Bila kita ubah sesuatu benda yang asal kita akan terima kesannya"
fikir-fikirkan lah...renung-renungkan lah...
~setiap yang berlaku tu ada makna yang tersirat~


0 ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers