Blogger Templates

Selasa, 31 Mei 2011

Ceritera Kehidupan Berkeluarga yang Membahagiakan


This is my lovely family....

Kesibukan mula menjelma..mana tak nyer melayan kerenah adik-adik kesayangan..tumpuan untuk family tu lebih la sikit daripada yang lain-lain..esok dah duduk jauh rindu-rindu pulak..adat la tu..erm dulu aku penah janjikan nak cite sal family aku kat korang semuakan?okey this day i will story about them to you all..alamak bahasa inggeris la pulak..huhu..bukan nyer pandai sangat..karang ada yang lempar aku dalam sungai tepi umah dia..hahaha..

Aku mulakan dengan my lovely father..ABAH aku panggil..abah aku juga merupakan sumber kekuatan aku dalam melakukan sesuatu pekara. Aku tahu susah payah abah membesarkan kami semua macam mana so aku tahu betapa tabahnya abah dalam menghadapi dugaan hidup..pagi petang siang malam abah keluar mencari rezeki untuk kami sekeluarga..yang menarik tentang abah aku..walaupun nampak garang tapi lucu..kalau bertemu angin dengan aku dan adik aku yang lelaki tu confrom gelak pecah perut...hahaha...ada je lawak yang membuat kami ketawa..tapi sekali abah mengamuk semua kecut perut..nak luruh jantung kot..abah nie banyak ikot still orang cina mengajar kami dalam menjalani kehidupan..mana tak nyer masa abah muda-muda dulu banyak berkawan dengan cina..kadang-kadang dia cakap dengan cina dalam bahasa cina..padahal cina tu pun tak faham apa abah cakap..hahaha..

My lovely mother..mother paling the best of the world la..hehehe semua orang akan cakap macam tu kat mak diorangkan??hahaha..okey MAMA aku panggil mak aku nie..adik-adik yang lain panggil dengan nama lain..ada panggil ibu,mak, mamy dan ummi..herm kelakar kadang-kadang tu..ada orang ingat kami nie adik beradik lain mak..padahal panggil je lain-lain..orang same je..hahaha..mama adalah orang paling sporting..cerita je semua masalah mesti mama faham dan bagi nasihat..semua nasihat mama aku terima pakai..kadang-kadang degil gak...besa la bila dah besar dan boleh berfikir sendiri.. aku kagum dengan mama sebab mama dapat rasakan apa yang aku rasa..mama nie biasa je oarang dia banyak berdiam diri..takmacam abah..dah jodoh abah dan mama..sorang bising sorang diam..dapat anak-anak huru hara..hahaha

Aku merupakan anak sulung daripada lapan orang adik beradik..macam biasa la kan tentang aku sedikit sebanyak korang mesti dah kenal kan??gila gambar, gila jalan, gila strawberry, gila novel..ah macam-macam gila segala bagai..jangan aku jadi gila dah la.. payah-payah..tak mau la cite bebanyak..

Adik aku yang kedua..ANGAH a.k.a NGAT kami sekeluarga panggil..comey orang dia..kalau orang tengok kami berdua mesti orang cakap dia kakak kepada aku..ouch,aku nie nampak macam bebudak ag..argh tak sanggup dah nak dengar..tapi nak wat macam ne aku nie manja sikit..okey adik aku nie pendiam macam mama aku..eh jap dia panggil mama aku tu ummi..orang dia nie alim sikit la pada aku..tudung labuh..keluar pun pakai baju kurung..ada time je pakai baju t-shirt..tapi jangan kacau nanti dia sengat macam lebah dalam cerita “ngat dan tabuh” kat TV 3 kalau tak silap..cerita lama dah..kartun tu la yang kami minat..


Adik yang ketiga..ABANG P a.k.a EFFY..hero dalam keluarga..owh..anak ketiga, harap korang faham la perangai dia macam ne..aku dah tak larat nak bertengkar dengan dia..tapi aku la yang paling rapat dengan dia..kengkawan dia macam kengkawan aku dah..boleh keluar lepak-lepak sekali..aku selalu ikot dia lepak..kalau adik-adik yang lain tak pernah dia bawak pulak..selalu gak kami belaga angin..tapi kejap je..pandai pujuk..hehehe dia nie kalau takde cari..kalau ada nak gaduh je..

Adik yang keempat..AZIE a.k.a YEN nama panggilan dia..hehehe..pembantu peribadi aku, pakwe aku la yang cakap..mana tak yer semua call aku dia nak jawab..ada sorang kawan aku sampai merajuk dengan telatah adik aku nie..dia cakap suara aku sama dengan adik aku..dia nie la paling ego dalam keluarga..kepala angin..semua ada kat dia..payah sikit la..kita kena ikot cakap dia je..abah aku pun tak terkata dengan perangai dia..tapi dia la paling aku rasa the best..dia p mana-mana tak penah lupa buah tangan untuk aku..baru nie dia p lawatan kat Nilai Negeri Sembilan..bantal strawberry dia belikan untuk aku..dia beli buah tangan untuk aku dengan adik yang bongsu je..hehe

Adik yang kelima.. NOLY nama panggilan dia.. Paling rajin dalam kalangan kami..mana tak nyer dia nie membuatkan abah aku teringat pada arwah nenek aku..rajin tapi kedekut..duit dia cukup berkira..antara kami lapan orang nie dia paling banyak simpan duit..mana tak nyer..ladang tebu dia punya..duit tu semua simpan bank..bukan tu je dia nie rajin dalam segala hal..membuatka ada antara kami ambil kesempatan atas dia..huhuhu..dengan dia cakap je buat apa mesti dia tolong..ramai kengkawan abah ingat dia lelaki mana tak nyer abah panggil LY je..

Adik yang keenam..AINA a.k.a SIMON..bercita-cita nak jadi model..huhuhu berangan jangan harap mama nak bagi..aku dah kena..heheh dia nie suka buat hidup kami sekeluarga huru hara.mana tak nyer ada je masalah dia buat. Hilangkan kunci motor..tak boleh salah sikit menjeling sampai kami satu keluarga ketawakan dia.hahaha Herm orang dia lawa comey gitu..kulit hitam manis..suka gelak je kerja dia..kadang-kadang tak larat suruh dia diam..



Adik yang ketujuh..EMMY nama samaran dia..hero keluarga gak..tapi selalu kena buli dengan abang dia..kesian tau..selalu menangis..kalau pasal henset dngan lattop sekali ajar je dia dah cekap..herm..masa dia sekolah tadika dulu ada ke patut dia mintak henset kat abah aku..dia cakap tak beli henset tak mau pergi sekolah..jenuh pujuk kot baru mau p sekolah..anak manja abah..mama pulak tak suka bagi dia berkawan dengan anak-anak jiran...diorang suka buli dia..kalau balik sekolah pun kena jemput nanti ada je bebudak buli dia..pernah la aku rasa nak lempang sorang budak..geram kot dia buli adik aku masa balik sekolah..

Yang bongsu..tak payah cerita mesti dah tau perangai dia..kami selalu cakap dia ada lapan perangai..semua yang kakak dan abang dia ada..dan satu perangai pelik datang dari diri dia sendiri..hahah korang pun mesti tau cam ne parangai anak bongsu kan??huru hara kami dengan dia.. bukan boleh silap sikit..mulut, mata, tangan kaki semua cepat..sesuka hati dia je nak cakap apa yang dia tengok dan tak kena dengan dia..musuh utama abang P la.. kalau bub makan pulak hadoi..selalu buat aku pening..nak makan telur goreng taruk kicap satu piring..nasik satu pinggan..kicap untuk cicah telur..tiap kali nak makan mesti macam nie..biar la ada pelbagai lauk pauk dia tetap nak makan telur gak..tu baru bub makan belum yang lain lagi..satu ag yang paling kena jaga ye lah kalau nak keluar kemana-mana mesti kena salam dengan dia dulu kalau tak siap la dia mengamuk sampai pecah rumah dia punya kerja kan..mana tak nyer sampai orang yang kuar tu balik dia duk mengangis lagi..huh kalau nak cite sal adik aku yang bongsu nie sampai pagi esok pun tak habis..

begitulah huru hara nyer kami lapan beradik..masing-masing punya perangai tersendiri yang kadang-kadang nak pecah rumah dibuatnyer..mana tak nyer berguling penuh rumah punya duk melawak..


betapa akrabnyer kami..abang P tak sempat nak posing ag...hehehe
peluk jangan tak peluk..eh mana aku erk??
lepak ban pecah bersama keluarga..kacau mama dan abah date..hehe

pesanan penaja: rindu waktu bersama..tak dapat nak upload vedio kami melawak berguling dalam umah..sorry..jadi simpanan sebagai kenangan aku dan family je...

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers