Blogger Templates

Sabtu, 14 Mei 2011

tersingkaplah tirai cinta ku...

Percutian ini telah memulakan aku dengan tugas-tugas baru...by the way aku suka dengan tugas-tugas baru ini..

Selepas kembali kekampung aku sibuk dengan aktiviti kat rumah, macam-macam aku lakukan antaranya hantar adik pergi sekolah, memasak, kemas umah, amek adik balik sekolah...aduh penat gak wei...tapi nak wat macam ne aku kan kak..terpaksa la kena wat sebab aku ngah cuti.takkan nak tido bangun makan je kot..mau kena bebel dengan mama aku la jawabnyer...kalau dengan abah mungkin kena mandi atas katil la kalau asyik tido je..hehe..sungguh boring owh bila cutisebab tak tahu nak buat apa kot..

time to lepak- lepak la pulak..hehe

Aku ada kuar pergi kamunting dengan mama aku pergi masukkan duit dekat adik aku..aku drive motor..balik tu singgah kedai kain dulu.mama aku la nak tengok kain langsir..raya lambat ag..puasa pun belum dah kalut nak beli langsir la..baju la..herm aku follow je..tah tahun nie aku macam tak semangat nak raya je..selalunya aku la manusia paling gembira nak sambut raya..adik aku dah cadangkan yang tahun nie kami sekeluarga nak pakai baju warna unggu..erm i follow..

Pekara paling aku tak suka..

Aku ke hospital untk jumpa doktor pasal sakit kepala aku nie..herm payah gak mula-mula tu..kena daftar la..besa la aku jenis nak tunggu –tunggu nie malas sikit..nasib la tak ramai orang kat kaunter pendaftaran. Erm lepas daftar aku kena timbang berat dengan chek tekanan darah..rasa nak melompat kat situ gak sebab berat aku naik dua kilo..baru seminggu aku balik umah berat badan aku terus naik..seingat aku seminggu sebelum balik umah aku timbang berat aku Cuma 44 kilo..best giler aku rasa sebab berat aku dah naik..dah lama aku idamkan berat aku naik..hahaha..mintak-mintak kesihatan aku terus baik dan berat aku terus naik...

Selepas selesai chek tekanan darah,aku menunggu di tempat menungku bahagian MOPD. Tak lama pun aku menunggu dah kena panggil.masa kat dalam bilik dokter tu macam besa la banyak soalan yang aku kena jawab..rasanye dah berpuluh kali aku terang pasal sakit aku kat dokter..dalam surat tu pun ada tulis..herm tapi nak wat macam ne tu dah tugas dia..yang bestnyer dokter tu muda ag..mungkin dokter pelatih kot..hehehe..ops,dokter tu perempuan okey bukan lelaki..huhuhu..muka dia buat aku terngat seorang kawan aku nie la..tapi aku tak ingat sapa..huhu pelikkan aku..hahaha

Masa dokter tu chek aku ramai la dia punya pembantu, nurse yang comey-comey lagi..tapi diorang yang cakap aku comey..selendang aku cantik, pin tuding aku cantik..siap pegang-pegang ag selendang aku..hei, macak tak penah jumpe je aku rasa diaorang nie..tapi ye la diorang kan pakai uniform so tak leh ar nak comey-comey cam aku..eleh perasan lak..hehe..erm masa nurse tu nak isi borang untuk amek darah..dia siap tegur aku ag yang birthday dia sama dengan birthday aku..huhu tak sangka kan?hehe...pas tu aku kuar amek ubat dan ke makmal untuk amek darah..risau kot sebab aku takot pengsan ag..tapi alhamdulilah aku tak sedar pun nurse tu dah siap amek darah, sebab aku dok sembang dekat telefon dengan orang kedai motor sebab adik aku nak amek moto baru..erm.. macam ni nurse tu kata comey?
ketenangan yang aku cari

Malam tu aku ikot abah aku pergi sungai.saje nak cari ketenangan tengok kelip-kelip.cantik sesangat..sungguh menabjuk kan ciptaan allah..aku dapat tengok bintang-bintang yang bertaburan kat langit..sungi sepi sungai pada waktu malam..sampai subuh aku kat sungai tu..ala aku bukan tengok kelip-kelip je..aku ikot abah aku terampang udang la..banyak kt abah aku dapat udang dekat tujuh kilo malam tu..erm puas hati aku kot bila aku dapat tangkap udang yang banyak macam tu..besar-besar lak tu..hehe dapat 20 inggit upah tolong kutip udang..tu yang best tu..tapi aku tak boleh ikot dah..kena jaga kesihatan sebab 25/05 nie aku kena scan kepala..erm..rehat je la duk umah..tapi andai ada peluang ag aku nak ikot gak abah aku p sungai.. banyak tak kami dapat.
Benda nie membuat aku teringat masa aku tengah tunggu keputusan SPM, aku tolong abah aku dekat sungai masa air mati..abak aku memukat..masa petang pergi tahan dengan adik aku yang lelaki tu..masa pagi time nak angkat terpaksa la aku ikot sebab adik aku yang lelaki tu p sekolah..teruk time tu..sakit badan-badan aku sebab tolong tarik batu pukat..so aku tahu la betapa susahnya abah aku menyara hidup kami sekeluarga..bukan senang nak jadi senang.. orang hanya pandang pada apa yang kami ada tapi orang tak nampak usaha yang abah aku lakukan..sebabtu aku tumpu pada pelajaran sekarang nie..sebab aku nak balas jasa abah aku..aku tau aku tak dapat balas tapi nak nak bagi abah aku senang. Tak payah kerja teruk dah..sampai tak cukup tido punya nak sara kami sekeluarga..

Aku bangga sebab aku dapat rasa apa yang abah aku rasa..tapi tak la seteruk abah aku..sebab tu aku lebih utamakan keluarga berbanding orang lain..aku kan anak sulung banyak la tanggung jawab aku..kalau bukan aku sapa ag nak sedarkan adik-adik aku...nak bimbing adik-adik aku..niat aku nak bagi adik-adik aku lepas dulu baru la aku nak pikir sal hidup aku..mama aku cakap sampai tua la aku tak kawen macam tu sebab adik aku paling kecik pun baru lima tahun..hehehe naya la pakwe aku dok menunggu..silap ari bulan pakwe aku kawen dengan orang lain dulu..hehe...insyallah klu ada jodoh tak kemana..

pesanan ringkas: hanya aku yang faham keluarga aku macam mana....susah senang hanya kami yang tanggung..orang hanya pandang apa yang kami miliki....abah selalu cakap nak sesuatu tu ke ada usaha..so tu la jadi pegangan aku...

0 ulasan:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers