Salam semua..
Dua hari berdiam diri bukan nya aku tak rindu nak update blog tapi aku perlu berehat untuk hari yang aku nanti kan..huhu..okey fine, aku cerita la kat cini apa yang aku dok kecoh kat fesbuk tentang menghitung hari dan segala bagai la..aku pun dah tak ingat dan malas nak p tengok.. tak mau serabut-serabut kepala dah..benda dah selasai..aku just tunggu jawapan sambil makan ubat yang disediakan je..kalau habis aku tak tau nak cari kat mana sebab appoitment aku bulan 8 nanti..sikit punya lama ka? Ubat just dia bagi dalam 15 bijik..nampak gaya terpaksa keluar kan sikit duit demi kesihatan aku..wargh,habis la sawit pak aku kali nie aku ragas p kutip buah dia..aku bukan apa klu takdak ubat confrom tak bangun..haish bukan yg nie aku nak bising-bising kat cini..ada yang lebih penting..aku nak story pasal pengalaman aku first time buat CT SCAN..korang mesti tak tahu apa tu kan??biasa la dunia dah canggih mcm-mcm alat perubatan yang canggih telah dicipta untuk memudahkan para dokter mengesan penyakit dalaman atau pun berkaitan dengan tulang.. aku pun mula-mula tak tahu apa benda nie..takot pun ada..tapi pas aku cari maklumat tentang benda nie aku jadi bersedia untuk melakukan CT SCAN..
nie bukan aku..gambar hiasan je...cam nie la gayanye aku kena semalam..aku nak amek gambar sendiri mana boleh mau dokter yang hensem tu tendang aku keluar..hahaha..
Apa itu CT SCAN?
Pemeriksaan Radiology memainkan peranan penting dalam penyiasatan mengenal pasti penyakit kanser, peringkat/tahap penyakit kanser, mengawasi perkembangannya, perancangan rawatan, menguji adanya atau tiadanya penyakit kanser, ataupun penyakit berulang semula, dan juga menjadi alat pengimejan untuk memandu proses mengambil tisu untuk kajian tanpa bedah (biopsi).I
Perkembangan dan kemajuan dalam rekaan alat diagnostik imaging amatlah pesat sekali dan ini adalah dialu-alukan kerana tidak payahlah pesakit dibedah untuk penyiasatan! Sekarang pula ada teknologi di mana pengimejan bolehlah dibuat hingga ke peringkat molekul.
Selanjutnya, dengan perkembangan teknologi ini, adalah diharapkan alat diagnostik canggih ini dapat mengenal pasti penyakit dari peringkat awal lagi dan seterusnya dapat membendung atau mengelakkan kesan penyakit sama sekali!
Patutkah anda takuti skan CT?
Jawapannya adalah TIDAK sekiranya sesuatu dijumpai semasa menjalani ujian awal seperti radiografi, ultrasound atau doktor anda telah diagnosis dan mengenal pasti anda perlu menjalani skan CT untuk penyiasatan selanjutnya. Sekiranya dengan ujian CT dapat menolong dalam penyiasatan dan rawatan yang diberi oleh doktor anda, ujian CT mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda. Faedah menggunakan CT Scan ternyata lebih daripada risikonya. Jika dibandingkan bahawa kadangkala hidup penuh dengan risiko – seperti melintas jalanraya, menghisap rokok, memandu kereta atau bernafasan udara sekeliling anda! Oleh itu sekiranya skan CT sangat diperlukan dan dinasihati oleh doktor pakar anda, maka risiko radiasi tidak perlu difikirkan lagi.
Hari di nanti telah tiba..aku pergi dengan adik aku yang lelaki tu..kerana abah aku ada hal..mula –mula aku okey lagi tapi bila tengok orang keluar dari bilik rawatan berbalut tangan aku terus kecut..hadoi kena cucuk ka??dah la dia cucuk dua-dua belah naya aku..tengok orang yang kedua pulak..dua kali ka dia cucuk..aku tak Nampak pada orang yg berikutnya kerana dia pakai baju lengan panjang..okey orang yang ketiga, budak sekolah dia nie pun pakai baju lengan panjang..pengawas kot tapi masa dia keluar tu aku tengok sebelah je langan dia kena cucuk..ada harapan la jugak..time aku masuk auwh,hensem nyer dokter yang rawat aku..huhuhu muda ag..cam tak kawen ag je..T_T… erm berdebar gak tengok alat tu…semua berjalan dengan lancar Cuma time nak cucuk tu je sampai dua dokter datang dan belek-belek tangan aku sebab urat tangan aku halus sangat..kiri kanan depan punya duk tepuk..akhirnya dokter hensem tu Berjaya juga jumpa urat yang boleh dicucuk..aduhai hilang sakit bila dokter yang hensem tu yang cucuk..hehe setengah jam jugak la aku kat dalam bilik tu..mengetaq sejuk aku..mana tak nye air cond punya la kuat..huhu..
Keluar je dari bilik tu aku terus bersin-bersin..mana tak nye aku nie tak boleh terlalu sejuk..mesti berair hidung aku..herm ingat dah duk kat luar okey sikit..sampai umah pun tak hilang ag..haduh parah..erm balik tu abah aku yang amek..nasib bek la sebab kalau naik moto dengan adik aku conform ada yang terpelanting kebelakang sebab tangan aku tak kuat nak pegang dia, tangan kena cucuk..beg lagi..haduh..haduh..balik umah apa lagi bantai tido la sampai petang..mana Tanya kepala aku jadi berat sangat…asik bersin saje..bangun tu ingat lega sikit tapi tak juga..lepas makan malam aku telan ubat selsema terus tido..bangun pagi nie rasa dah lega..tapi terpaksa jaga-jaga jugak..takot jadi balik…herm macam tu la kesihatan aku sekarang nie…
nie bukan keputusan aku la..just nak tunjuk macam nie la keputusan aku nanti..Keputusan Scan yang aku punya bulan 8 nie..herm lambat sangat..tak sabar rasa nye nak tahu..herm..penantian satu penyiksaan..terpaksa lagi aku menanti..
0 ulasan:
Catat Ulasan