Sesaja wat entri macam nie cz aku tahu ada antara kamu mesti jelous dengan aku bukan??hahaha baik mengaku jelous ke tak??apa-apa pun jom layan cerita aku..zassss....
Perjalanan yang jauh telah aku akhiri dengan selamat...
Semua bermula bila aku melangkah keluar je dari dewan peperiksaan..lompat sampai syiling wei(tipu je), mana tak nyer paper akhir kot. Sapa tak suka wei..cakap mai kat aku..senang aku nak tampaq dia bagi sedar yang dia dah habis exam..so time to balik kampung..apa lagi aku terus keluarkan henset terus telepon abah aku. Rupa-rupanya abah aku dah sampai dah dekat asrama aku..lagi ar aku lompat sampai patah tumit kasut aku(lagi ar tipu)hahaha..pas jumpa mama dan abah aku terus naik bilik..mama ikot aku naik sebab nak tolong bawak turun barang-barang.abah tak boleh naik..huhu block pempuan..tapi kalau aku suh naik gak confrom kena tendang turun tingkat satu dari tingkat tiga..tak tinggi pun..hahaha..sedih rasa hati bila tengok tempat dah kosong..aku gerak balik petang tu jugak tanpa rehat pas exam tadi..
Abah balik ikot jalan pantai gara-gara aku silap tunjuk jalan..konon-konon nak tido tapi tak boleh la kerana abah dan mama tak ingat jalan kat situ..jalan nie kami pernah lalu masa datang antar aku kat UMT je dulu. Lain la aku dah berapa kali lalu..tapi kurang ingat jugak..tahu la aku macam ne..sampai pergi ke jalan pusat kokurikulum..hehehe..terpaksa patah balik..adik aku pulak sibuk nak tengok pantai..kami berhenti dekat pantai penarik..abah tido kejam semasa aku dan adik aku sibuk main ombak..dia teruja sesangat bila tengok pantai..ye la kat perak nie kalau nak tengok pantai kena p teluk batik atau pulau pangkor je..penah dulu masa dia kecik ag kami bawak pergi mandi pantai dekat pulau pangkor..tapi dia takot lagi...mula-mula adik aku takot gak tengok ombak pukul pantai..tapi bila aku bawak dia sentuh gigi air..dia jadi suka..so sampai nak balik pun stay nak main ombak..seluar dia usah di kenang la..basah kerana air ombak..masa dia lari-lari dari air..dia terteram jatuh..dia cakap tak sakit kalau jatuh kat situ..hehehe..dalam kereta masa gerak nak pergi setiu dia dok bercerita pasal dia kat pantai kat abah aku..aisya..aisya..
Kami bermalam di setiu..tempat adik aku belajar..dia yangsewakan runah tu untuk kami..memang selesa la..ada tiga bilik tidur,dua blik mandi, ruang tamu, dapur..boleh jerang air je pun..iron pun disediakan..memang best la dapat sewa umah macam nie..cuba korang cakap kat aku ada tak umah tumpangan yang sedia macam nie bayaran dia 50 untuk semalam atau dua malam??cakap..cakap.. ada ker??nie la baru aku jumpa yang semurah nie dan sesangat selesa..namun malam tu kami tergangu sedikit dengan budak-budak lelaki kat situ..ada ke patut diaorang wat tarian apa tah..nak kata sewang dah macam sawang..nak kata zapin bukan zapin..herm budak-buadak zaman sekarang..aku dengan adik aku nie siap pergi mengintai ag apa diorang buat tapi ada lak yang perasan kami tengok diorang..lucu kot aku merangkak dari anjung rumah sampai ruang tamu..huhuhu mama aku pun join kitorang..hahaha..sempoi..
Perjalanan kami bermula pada pukul 9.00 pagi..setelah abah antar adik aku pergi kelas..kami sarapan apa semua...destinasi pertama Pasir Putih.. shoping buat aku dan mama aku la..kat sana kami beli macam-macam..aku hanya beli sehelai baju untuk adik aku yang lelaki tu je..mama la belikan baju untuk adik kedua bongsu..kain batik tak pernah lupa untuk nenek aku..yang paling aku tak boleh nak elak..abah aku beli durian..aku dah cakap nak durian kampung..tapi tu la tiap kali datang shoping belah kelantan nie mesti sangkut la buah durian siam..erm..ikot je la..keropok-keropok tu kerja mama aku la pulak..tak lupa aku ada beli buah tangan untuk cikgu aku..dia pernah cakap nak tapi sampai la aku tak bagi ag..so aku belikan telur penyu untuk dia..okey tak??..hehehe..
Dari Pasir putih terus ke Bukit Bunga..destinasi wajib bagi kami untuk singgah..mana taknyer perut tak isi apa ag untuk tengah hari...kat sini abah mandi..aku apa lagi cuci mata la dengan si kecik aisya tu..bukan apa aku geram tengok bear bergantung-gantung tu..nak beli uish..bukan dia la..bear aku dah bnyak..nanti ada yang bising..hehehe..kalau ada yang nak bagi aku terima lagi..hehehe..lepas makan aku dengan abah aku pulak pergi merayau konon-konon nak beli buah laici..tapi tak de..kami beli buah logan..ala buah mata kucing tu..adik aku kata buah tu senang je nak dapat..korek mata kucing..gila la weh..adik aku yang kecik tu pandai wat lawak macam tu..kejam..kejam...erm abah aku cadang nak beli permainan untuk anak jantan dia la..si kedua bongsu tu la..tapi aku tak bagi memandangkan dia dah sekolah..bukan apa aku takot sat g jadi macam abang dia..terlalu manjakan sangat sampai malas nak belajar..tu aku akan pastikan adik-adik aku balajar dengan betol-betol..kalau aku tak support diaorang sapa ag kan??
Kami sambung perjalanan semula dan perhentian terakhir dia bukit gantang. Nak cari durian kampung tapi yang jumpa cempedak..bedal la labu..janji buah tempatan..hahaha...aku memang suka makan cucur cempedak..so aku rembat dua bijik..kira okey la untuk kami sekeluarga..kami sampai umah lebih kurang pukul 6.30..wahwahwah..tak payah nak cakap la kan perasaan aku bila dah sampai kampung..rasa nak jerit ja “wei, orang-orang kampung aku dah balik”..ala-ala cerita anak tangung la pulak..hahaha..pengaruh cerita kuat sangat...
Bicara hati: apa-apa pun, alhamdulilah kami dah selamat sampai kampung..walau pun abah aku bawak kerata ala-ala pelumba kereta..tapi tetap berhati-hati..paling aku gerun bila abah aku pintas lori balak yang sarat dengan muatan..nauzubillah tak dapat bayangkan kalu kena hempap dek balak tu..tak nampak rupa kot..hehehe apa yang penting??hati-hati semasa dijalan raya..ingatlah orang tersayang..hehehehe
0 ulasan:
Catat Ulasan