Lepas balik lepak McD semalam aku baring-baring tetiba teringat cerpen yang aku buat nie..nak kata ada kaitan dalam hidup aku owh takde kot..aku buat nie sebab aku rasa nak luah something tentang diri aku..tetibe jadi cerpen nie..kerana aku banyak baca novel..sok nak pikat aku kena beli banyak-banyak novel..hantu novel nie.. dalam almari kat umah dah bersusun novel..mama aku pun dah bising..ada duit sikit beli novel..bukan boleh makan pun..aku buka
k balik lat top aku terus cari kat mana aku letak cerpen nie bila dah jumpa aku baca balik..herm so sekarang aku nak kongsi dengan korang..
Siap dengan muka depan ag aku dah buat..hehehe..comey tak??
__________________________________________
Kerumitan cinta yang aku tempuhi amat menyukarkan aku untuk memilih siapa calon suami yang terbaik untuk diriku kerana aku masih terluka oleh cinta sang lelaki. Mereka hadir dalam hidup berulangkali sehinggakan aku lemas bersama pujuk rayu mereka. Biarpun aku sudah jawab tidak namun pelbagai rayuan mereka ajukan kepada keluargaku pula. Kini keluargaku pula mendesak aku untuk membuat keputusan. Aku binggung, bertambah runsing kerana keluarga yang terdekat denganku tidak memahami perasaan ini. Rusdi, Hairul, Yusli, Borhan, Rafik, dan Fikrie, nama mereka berlegar-legar diruang mindaku.
Rusdi teman sekolah yang amat aku kagumi dengan sikap tegas dan boleh memimpin hadir kembali dalam hidupku. Aku pernah meminatinya dan ingin bersamanya. Layanan yang di beri membuatkan aku merasa ada harapan untuk aku memilikinya namun tidak. Dia mendekatiku kerana suka pada temanku, Azzah. Setelah masing-masing melanjutkan pelajaran,aku juga hampir lupa padanya. Ada juga desas-desus yang menyatakan dia sudah berpunya. Namun tidak lama, aku tidak pula mengetahui pekara itu. Dulu dia pernah menolak cintaku, namun aku boleh terima kerana mungkin pada masa itu hanya cinta monyet..Kini patutkah aku menolak cintanya kembali. Sedangkan dia tiada salah padaku pun. “Cinta boleh disemai selepas kahwin Ain, Die sanggup tunggu Ain janji Ain terima Die. Lagi pun, ini amanat arwah mak Die kalau boleh arwah mahu Die kahwin dengan Ain”. Ucapan ini sesekali hadir dalam fikiranku.
Hairul sepupu kepada teman baikku Liyana turut mencurah rasa hati setelah aku lupakan kisah silam bersamanya yang aku anggap bagai angin yang lalu. Kini dia seorang akauntan yang telah membuka restoran berhampiran tempat tingalnya dan diuruskan oleh Hamsan sepupunya juga setelah Liyana berkahwin dengan teman kolejnya dulu, Farhan. Sebelum Liyana berkahwin, Hairul memberi kepercayaan kepadanya untuk menguruskan restoran itu. Menurut Hairul dia kecewa kerana lambat untuk meluahkan perasaanya terhadap Liyana, dan kini takut aku juga begitu lalu secepat mungkin diluahkan isi hatinya kepadaku kononnya takut aku dimiliki orang seperti Liyana. Ezatul adik angkat Hairul sering memujuk aku untuk menerima hairul dengan alasan Hairul telah lama menungguku dan Liyana sejak di bangku sekolah lagi. Aku mengakui pekara itu.
Yusli kekasih hati yang pertama kini hadir menuntut janji yang dia sendiri ingkar, kononnya mahu menebus dosa terhadapku. “Ain, yus mahu tebus segala kesalahan yus terhadap Ain. Yus sedar yus tinggal Ain tanpa sebab kini Yus sedar yang yus hanya cintakan Ain. Kalau Ain tak dapat terima Yus, yus berjanji yang Yus akan abaikan tanggungkjawab Yus terhadap diri dan keluarga yus.” Kata-kata Yusli masih terngiang-ngiang ditelingaku. Yusli tahu yang aku terlalu sayang akan ibunya, Puan Kasma yang kini kurang sihat dan memerlukan perhatian yang lebih dari anak-anaknya. Yusli lah yang bertanggungjawab terhadapnya kerana Yusli seorang sahaja anak lelaki tunggal keluarga itu.
Tanggungjawabku besar seandainya aku memilih yusli kerana bukan sekadar menjadi isteri kepada Yusli malah menjaga ibunya sekali. Bukan aku tidak rela untuk menjaga, aku memang sudah biasa menjaga ibunya sekiranya ada kelapangan. Semua ini juga salahku kerana membiarkan kesempataan itu digunakan oleh mereka. Bukan aku tidak menyukai Yusli tapi memikirkan apa yang telah dilakukan terhadapku membuatkan aku payah untuk menerimanya. Bukan sekali menyakiti hatiku malah berpuluh-puluh kali. Aku boleh merima dia sebagai kawan pun kerana ibunya sahaja. Aku kesian dengan ibunya.
Peristiwa cinta aku dan Yusli masih tercatat dalam kotak fikiranku paling kecil. Benar kata orang cinta pertama sukar dilupakan. Aku sungguh bahagia bersamanya walaupun jarak percintaan kami begitu singkat. Kami berpisah kerana dia tidak mencintaiku dan sekadar memain perasaanku sahaja. Dia pergi mencari cinta sejatinya. Walaupun terluka aku rela demi melihat dia bahagia. Namun aku sering memantau keadaannya. Dia masih belum temui apa yang dicarinya dalam bercinta. Kini mencari diriku kembali.
Memang aku pernah berjanji dengannya aku tetap akan menjadi sahabatnya walaupun antara kami telah tiada apa-apa hubungan cinta. Namun keegoan antara kami yang membuat kami makin terpisah. Mahu pula aku sudah bergelar kekasih orang pada masa itu. Konon nya tidak mahu menggangu hubunganku. Aku pasrah, biar pun dia cinta pertama yang lahir dari hati aku relakan jua perpisahan antara kami. Aku belum pernah mencintai seseorang seperti menyintainya. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa itu. Aku berusaha untuk melupakanya namun disaat aku dapat melupakanya dia kembali hadir dalam hidupku. Kini menagih cinta yang telah luput untuknya.
Cinta sms, tak sangka jadi cinta alam nyata. Aku mengenali Borhan hanya dalam sms sahaja kami tidak pernah berjumpa semasa menjalinkan hubungan cinta. Kami hanya mengutus gambar sebagai tanda penganalan. Cara layananku yang membuatkan dia jatuh cinta kepadaku. Kami putus kerana dia ada orang lain yang mungkin lebih baik dariku. Aku mengetahui pekara ini setelah lebih sebulan dia menyepikan diri. Bukan aku tak hubunginya tetapi perempuan yang jawab. Aku betul-betul terluka dengan sikapnya kerana dia sudah mempunyai teman wanita sebelum mengenali diriku. Kini dia kembali kepada ku kerana wanita yang aku kenali sebagai kak ika telah pun melansungkan perkahwinan dengan pilihan keluarganya.
Sebelum kak Ika melansungkan perkahwinan kami ada berjumpa mungkin kali terakhir sebelum dia bergelar isteri kepada Zainal, suami pilihan keluarganya.”Akak lakukan ini kerana akak tak sanggup lagi terima abang Borhan.. Sejak akak tahu kehadiran Ain dalam hidupnya dia sering marahkan akak kerana berterus terang dengan Ain, dia terlalu sayang Ain..akak harap ain dapat terima dia dan bimbing dia ke jalan yang betul..mungkin dia kecewa dengan akak namun kehadiran Ain mungkin membahagiakanya..dan turut melupakan akak.”pinta kak Ika membuatkan aku terfikir dengan keadaan diriku yang menganggapkan Borhan sebagai debu dalam hidupku dan hilang dibawa oleh hujan.
Teman tempat mengadu yang akhirnya membuatkan aku jatuh cinta kepadanya. Segala yang aku alami bersama Yusli akan menjadi rahsia aku dan Rafik. Biar pun ketika itu aku bersama Borhan. Aku putus degan Borhan,Rafik juga tempat aku mengadu. Namun kecewaku tak sehebat putus dengan Yusli. Rafik banyak member semangat dalam melupakan Yusli dan terima apa yang telah berlaku. Rafik turut mengongsi masalahnya denganku. Dalam kemesraan itu lahir rasa cinta namun belum sempat diluahkan Rafik pergi menyahut seruan kerajaan bagi melindungi tanah air tercinta. Aku setia menanti kepulanganya. Penantian satu penyiksaan. Siksa menanggung rindu. Namun kepulangan yang di nanti bukan membawa bahagia malah membawa kekecewaan. Dia sudah berjumpa perempuan yang jauh lebih baik dari aku, yang berkerjaya sepertinya sedangkan aku masih terkapai-kapai mencari arah tujuan.
Kini Rafik kembali meraih cintaku setelah kekasih hatinya berlaku curang. Dia menyesal kerana membiarkan aku meneruskan hidup keseorangan tanpa teman untuk berbicara. Dia juga sedar dia telah mukir janji dengan ku. Aku cuba menolak namun yang merumitkan aku ialah pujuk rayu ibunya, Puan Zabedah. Kononnya ibunya sudah lama berkenan untuk bermenantukan aku. Katanya kalau di ikutkan perasaan mahu saja ibunya meminangku masa aku baru habis belajar. Tapi memikirkan tentang Rafik dan diri ku ibunya membatalkan niat tersebut.
Empat tahun menyemai cinta antara aku dan Fikri. Segala pahit manis kami tempuh bersama. Dia banyak memberi sokongan kepadaku dalam meneruskan pelajaranku di peringkat ijazah dan master. Banyak kenangan manis yang kami cipta bersama. Namun semasa aku menyuarakan hasrat aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD di Australia, dia menolak sekeras-kerasnya dan mengugut aku untuk masuk meminangku sebelum aku habis belajar. Aku terpaksa membatalkanya kerana aku terlalu sayang Fikri. Aku meneruskan pelajaranku di Terengganu. Aku ingatkan hubungan kami sampai ke jinjang pelamin namun kuasa tuhan yang menentukan semuanya.
Dua tahun berlalu namun peristiwa itu masih jelas kelihatan di ingatanku. Kecurangannya fikri terbongkar ketika aku mengunjungi rumahnya semasa pulang dari kuala Terengganu. Aku bagai tidak sabar-sabar untuk bertemunya. Terlalu rindu dan ada pekara penting yang akan aku beritahunya. semester aku berakhir awal dari yang sepatutnya. Kepulangan aku tidak diberi tahu. Pada mulanya aku hanya ingin membuat kejutan namun aku yang terkejut dengan sikapnya yang pada ketika itu sedang tidur bersama perempuan. Hampir pitam aku dibuatnya ketika melihat mereka. Ibu Fikri turut terkejut melihat keadaan mereka.
Sungguh aku tidak menyangka fikri sanggup mengkhianati cintaku. ini bukan kali pertama dia curang dengan cintaku. Masa awal percintaan dulu dia pernah menduakan cintaku namun peluang untuknya masih ada. Itulah kenagan pahit yang dia jadikan iktibar dan berubah. Sejak akhir-akhir itu aku ada juga merasa seperti di awal dulu namun kerana aku terlalu sibuk aku membiarkan sahaja dia dengan sikapnya. Rupanya apa yang aku sangka jadi nyata. Aku terlalu kecewa atas apa yang berlaku. Cinta empat tahun berlalu dengan sia-sia.
Peristiwa itu juga yang meragut nyawa Fikri. Masih jelas dan seperti baru berlaku. Setelah melihat pekara terkutuk itu aku terus lari mendapatkan kereta myvi milikku lalu menghidupkan enjin dan segera mahu meninggalkan perkaranggan rumahnya, ibu Fikri mengejar aku. Fikri turut serta mengejar aku dengan bersarungkan kain pelikat. Aku terus memecut keretaku namun terhenti apabila sebuah lori balak menghampiri kereta yang dipandu olehku, aku mengelak. Bunyi dentuman yang kuat aku dengar dan aku dapat melihat sekujur tubuh melayang kearah depan keretaku. “Fikrie”.hanya itu yang keluar dari mulutku. Aku dengan perlahan keluar dari kereta dengan badan yang menggeleter menghampiri sekujur tubuh yang berlumur dengan darah yang telah di pangku oleh puan Latifah,ibu fikrie. Fikri masih sedar. Tangan aku segera di tarik dan dikucupnya. Linangan air mata yang mampu aku berikan saat itu. Puan Latifah menyuruh aku memangku fikrie kerana ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada ku. Aku menurut tanpa berfikir panjang. Saat itu aku hanya menurut sahaja.
Pemergian Fikri membuatkan aku menutup pintu hatiku untuk orang lain. Aku terlalu sayangkan dia. Walaupun dia pernah curang namun cinta yang ada dalam dirinya hanya untuk aku sampai hujung nyawa itu kata-kata terakhir Fikrie kepada ku sebelum menghembuskan nafas terakhir di pangkuanku. Pekara yang aku lihat tempoh hari adalah perbuatan khianat orang yang mahu memisahkan kami. Hal ini di jelaskan sendiri oleh wanita yang aku temui tidur bersama fikrie semasa selesai majlis pengkebumian arwah Fikrie. Aku menyesal. Namun hati yang terluka tidak dapat mengawal perbuatan seseorang pada masa itu. Aku rela pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aku akan sentiasa berdoa untuk kekasih hatiku.
Seandainya Fikri masih hidup sudah tentu dia menjadi pilihanku. Kini hidupku dikelilingi masalah yang sentiasa menguji keimananku. Walau apa pun aku harus teruskan dan tempuhi cabaran ini. Antara Rusdi, Hairul, Yusli, Borhan dan Rafik siapa yang patut menjadi pilihanku? Rusdi, tiada perasaan yang lahir ketika ini. Hairul, lebih ramai wanita yang mengilaimu kenapa aku yang kau pilih. Yusli, ke mana semua wanita yang menjadi pujaanmu selama ini? Apa yang ada pada diriku yang membuatkan kau ingin kembali kepadaku? Borhan, cinta kita telah berakhir. Ini lah balasan yang patut kau terima atas perbuatan mu terhadap orang yang setia. Rafik, sudah puas kau terluka? Bangga lah dengan kerjayamu kerana ia dapat membahagiakan diri dan keluargamu. Antara mereka siapa yang menjadi pilihan Ain? Hanya Ain yang tahu. Duri yang tertusuk di hati Ain tak mungkin dapat dikeluarkan dengan pujuk rayu, kata manis malah dengan segunung emas pun Ain tetap dengan keputusanya. Sayang dan cinta Ain hanya untuk Mohd Fikrie Aizam bin Zulhelmi.
__________________________________
Cerpen nie Ain cipta untuk orang yang pernah hadir dalam hidup ain..Ain hadiahkan semperna hari lahir dia yang ke 21..sebagai balasan Ain terima tiga kuntum ros merah,putih dan pink..suka sesangat bila dihargai..sekotak chocklate dan strawberry..tapi hubungan kami pun tak lama...dia pergi dulu sebelum apa-apa terjalin antara kami...rindu sesangat terhadap dia....Al-fatihah..semoga roh mereka dirahmati Allah dan di tempatkan dalam kalangan mereka yang bertaqwa..
0 ulasan:
Catat Ulasan